Pengiran atau pangeran (Jawi: ڤڠيرن , bahasa Jawa: ꦥꦔꦺꦫꦤ꧀ ) ialah gelaran untuk putera raja atau penguasa kepada kerajaan yang lebih kecil daripada kesultanan, misalnya Pangeran Landak ialah gelaran untuk raja Kerajaan Landak, Kabupaten Landak, Kalimantan Barat, sejajar dengan sebutan penguasa Pakualaman dan Mangkunegaran.
Ungkapan ini berasal dari kata akar bahasa Jawa Kuno nghér ꦔꦺꦂ yang bermakna "melindungi", maka pangeran boleh difahamkan bererti "pelindung". Hal ini berasal dari keyakinan Dewanata bahawa para bangsawan adalah titisan Tuhan Yang Maha Melindungi yang turun ke Bumi.