Penyakit mental

Penyakit mental
Nama lain
Gangguan psikiatri, gangguan psikologi, sakit jiwa, sakit mental, penyakit jiwa, gangguan jiwa, keadaan kesihatan mental[1]
PengkhususanPsikiatri, psikologi klinikal
GejalaAgitasi, keresahan, kemurungan, mania, paranoia, psikosis
KerumitanKemeresotan kognitif, masalah sosial, bunuh diri
JenisKecelaruan keresahan, gangguan makan, kecelaruan mood, gangguan perkembangan sarah, kecelaruan personaliti, kecelaruan psikotik, gangguan penggunaan bahan
PuncaGenetik dan faktor persekitaran
RawatanPsikoterapi, ubat-ubatan[2]
Rawatan perubatan
Antimurung, antipsikotik, anziolitik, penstabil mood, perangsang
Kekerapan18% setahun (Amerika Syarikat)[3]
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Penyakit mental, disebut juga gangguan mental, penyakit jiwa, atau gangguan jiwa, adalah gangguan yang mengenai satu atau lebih fungsi mental . Penyakit mental adalah gangguan otak yang ditandai oleh terganggunya emosi, proses berfikir, perilaku, dan persepsi (penangkapan panca indera). Penyakit mental ini menimbulkan stres dan penderitaan bagi pesakit (dan keluarganya).

Penyakit mental boleh mengenai setiap orang, tanpa mengenal umur, bangsa, agama, mahupun status sosialekonomi. Penyakit mental bukan disebabkan oleh kelemahan peribadi.

Dalam masyarakat banyak beredar kepercayaan atau mitos yang salah mengenai penyakit mental, ada yang percaya bahawa penyakit mental disebabkan oleh gangguan roh jahat, ada yang menuduh bahawa itu akibat guna-guna, kerana kutukan atau hukuman atas dosanya. Kepercayaan yang salah ini hanya akan merugikan pesakit dan keluarganya kerana penghidap penyakit jiwa tidak mendapat rawatan secara cepat dan tepat.

  1. ^ "Mental illness - Symptoms and causes". Mayo Clinic. 8 Jun 2019. Dicapai pada 3 Mei 2020.
  2. ^ "Medication for Mental Illness: Pros and Cons". Arbor Wellnes SMH. Dicapai pada 2018-04-28.
  3. ^ "Any Mental Illness (AMI) Among U.S. Adults". National Institute of Mental Health. U.S. Department of Health and Human Services. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 April 2017. Dicapai pada 28 April 2017.

Penyakit mental

Dodaje.pl - Ogłoszenia lokalne