Perang Amerika-Mexico | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebuah lukisan Pertempuran Veracruz. | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
Amerika Syarikat | Mexico | ||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
James K. Polk Zachary Taylor Winfield Scott Stephen W. Kearny |
Antonio López de Santa Anna Mariano Arista Pedro de Ampudia José Mariá Flores | ||||||
Kekuatan | |||||||
78,700 tentera | 25,000–40,000 tentera | ||||||
Kerugian dan korban | |||||||
1,733 mati |
5,130 mati 856 orang awam mati Kematian disebabkan penyakit tidak diketahui [2] |
Sebahagian siri Sejarah Mexico |
Mexico Pra-Hispanik |
Penaklukan Yucatán oleh Sepanyol |
Perang Kemerdekaan Mexico |
Campur tangan Perancis di Mexico |
Revolusi Mexico |
Perang Mexico-Amerika, juga dikenali sebagai Campurtangan Amerika Pertama, Perang Mexico, atau Perang Amerika Syarikat-Mexico,[3][4] merupakan pertelingkahan bersenjata antara Amerika Syarikat dan Mexico dari 1846 hingga 1848, selepas gelombang Penyerapan Texas 1845 oleh Amerika Syarikat, yang masih dituntut oleh Mexico sebagai sebahagian jajahannya walaupun selepas berlakunya Revolusi Texas 1836.
Pasukan Amerika menceroboh Jajahan New Mexico, Republik California dan sebahagian yang kini merupakan utara Mexico; sementara Tentera Laut Amerika Syarikat melakukan kepungan di laut dan mengambil kawalan beberapa garison di persisiran Pasifik Alta California, dan juga jauh ke selatan di Baja California. Satu lagi pasukan tentera Amerika merampas Bandar Raya Mexico, dan memaksa Mexico untuk bersetuju dengan pemisahan dan penyerahan jajahan utaranya kepada Amerika Syarikat.
Perluasan jajahan Amerika Syarikat ke pantai Pasifik merupakan matlamat Presiden James K. Polk, pemimpin Parti Demokratik.[5] Bagaimanapun, perang itu menimbulkan kontrovesi di Amerika Syarikat di mana pelaksanaan ini kuat ditentang Parti Whig serta para abolisionis. Korban Amerika yang tinggi dan kos kewangan yang tinggi juga turut dikritik. Hasil utama perang ini memaksa pemisahan bagi jajahan Alta California dan Santa Fe de Nuevo México daripada Mexico untuk diserahkna kepada Amerika Syarikat sebagai pertukaran sebanyak $18 juta. Sebagai tambahan, Amerika Syarikat menghapuskan hutang oleh kerajaan Mexico pada rakyat Amerika Syarikat. Mexico menerima Sungai Rio Grande sebagai sempadan kebangsaannya dan kehilangan Texas. Sementara itu, emas dijumpai di California, yang dengan segera membangkit minat antarabangsa dan mencetus Kerubut Emas California. Kesan politik selepas perang menimbulkan isu perhambaan di Amerika Syarikat, mendorong kepada perdebatan hangat yang menunding kepada Perang Saudara Amerika Syarikat; Tolak Ansur 1850 memberikan kelegaan sementara.
Di Mexico, terminologi bagi peperangan ini termasuk (primera) intervención estadounidense en México (Campur tangan pertama Amerika Syarikat di Mexico), invasión estadounidense de México (Penjajahan Amerika Syarikat terhadap Mexico), dan guerra del 47 (Perang 1847).