Perang Salib Ketiga | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Perang Salib | |||||||||
Pengepungan Acre merupakan konfrontasi pertama dalam Perang Salib Ketiga | |||||||||
| |||||||||
Pihak yang terlibat | |||||||||
Kerajaan Sicily | |||||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||||
Tentera Salib Henry II dari Champagne Balian dari Ibelin Richard I dari England Philip II dari Perancis Theobald V Frederick I Fredrick VI Leopold V Conrad dari Montferrat |
Muslim | ||||||||
Kekuatan | |||||||||
Inggeris: 8,000 orang Perancis: 2,000 orang[1] Jerman: 15,000 orang[2] |
Perang Salib Ketiga (1189-1192) merupakan cubaan raja-raja Kristian Eropah untuk merampas Jerusalem dari Salahuddin Al-Ayubbi.
Selepas kegagalan Perang Salib Kedua, dinasti Zangi menguasai Syria sepenuhnya dan bersengketa dengan pemerintah Fatimiyyah Mesir, yang akhirnya disatukan oleh Salahuddin. Tentera gabungan Mesir dan Syria ini berjaya menawan negeri-negeri Kristian di Eropah hingga membolehkan Salahuddin menawan semula Baitulmaqdis pada tahun 1187. Didorong oleh semangat keagamaan, Henry II dari England dan Philip II dari Perancis menamatkan konflik sesama mereka untuk memimpin Perang Salib baru (walaupun kematian Henry pada 1189 meletakkan tentera Inggeris di bawah Richard I). Maharaja Suci Rom Frederick I Barbarossa yang telah berumur turut menyahut panggilan ini dan memimpin seketumbukan tentera yang besar menyeberangi Anatolia, namun mati akibat lemas sebelum sampai ke Tanah Suci. Ramai tenteranya yang tawar hati berpatah balik ke tanah air.
Selepas beberapa kejayaan ketenteraan, kuasa Kristian ini bertengkar mengenai rampasan perang; kecewa dengan Richard, waris Frederick Leopold V dari Austria dan Philip berundur dari Tanah Suci pada Ogos 1191. Pada 2 September 1192, Richard dan Salahuddin memuktamadkan satu perjanjian yang menyaksikan Baitulmaqdis kekal di bawah penguasaan Islam, tetapi membenarkan penziarah Kristian yang tidak bersenjata melawat bandar tersebut. Richard kemudian berangkat kembali dari Tanah Suci pada 9 Oktober. Kegagalan Perang Salib Ketiga ini membawa kepada Perang Salib Keempat enam tahun kemudiannya.