Perang Saudara Sepanyol | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
Puak Republikan
Disokong oleh
|
Disokong oleh
| ||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
Ketua puak Republikan Manuel Azaña Julián Besteiro Francisco Largo Caballero Juan Negrín Indalecio Prieto Vicente Rojo Lluch José Miaja Juan Modesto Juan Hernández Saravia Carlos Romero Giménez Buenaventura Durruti † Lluís Companys José Antonio Aguirre Alfonso Castelao |
Ketua puak Nationalis José Sanjurjo † Emilio Mola † Francisco Franco Miguel Cabanellas † Manuel Goded Llopis † Manuel Hedilla Manuel Fal Condé José María Gil-Robles y Quiñones Gonzalo Queipo de Llano | ||||||
Kekuatan | |||||||
450,000 infantri 350 kapal terbang 200 bateri (1938)[1] |
600,000 infantri 600 kapal terbang 290 bateri (1938)[2] | ||||||
Kerugian dan korban | |||||||
~500,000 orang terbunuh[3][nb 1]
|
Perang Saudara Sepanyol[nb 2] meletus di Sepanyol dari 17 Julai 1936 hingga 1 April 1939. Perperangan meletus selepas pronunciamiento (pengistiharan penentangan) oleh satu kumpulan jeneral di bawah pimpinan José Sanjurjo menentang pemerintah Republik Sepanyol Kedua, semasa di bawah pimpinan Presiden Manuel Azaña. Rampasan kuasa pemberontak disokong oleh beberapa kumpulan konservatif termasuk Persekutuan Sepanyol bagi Hak Autonomi,[nb 3] penyokong diraja seperti puak Carlista yang berfahaman konservatif beragama , dan puak fasis Falange.[nb 4][5] Perang ini tercetus oleh sentimen autoritarianisme dan diwarnai perasaan anti-pemisahan dan kebencian terhadap bangsa-bangsa Basque dan Catalonia dalam kawasan Nasionalis.[6]
Berikutan hanya rampasan kuasa yang separuh berjaya,[nb 5] Sepanyol menjadi terpecah secara politik dan ketenteraan. Sejak itu dan berikutnya, jeneral Francisco Franco memulakan perang melesukan berpanjangan menentang pemerintah berkuasa bagi pengawalan negara. Pasukan pemberontak menerima sokongan Jerman Nazi, Itali dan Portugal manakala Kesatuan Soviet dan Mexico campur tangan bagi menyokong kerajaan Republikan atau pihak loyalis.
Penghapusan berdarah berlaku dalam kawasan ditawan dari republic bagi mengukuhkan regim Franco di masa hadapan,[7] sementara pembunuhan berbeza pada asasnya berlangsung di kawasan dikawal oleh Republikan, di mana pembunuhan kebanyakannya akibat ketiadaan undang-undang dan peraturan.[8] Perang Saudara menjadi penting bagi pemisahan semangat dan politik yang ditimbulkan olehnya. Puluhan ribu orang awam dari kedua pihak dibinuh kerana kepercayaan teori atau agama mereka, dan selepas tamat Perang pada tahun 1939, mereka yang berkait dengan Republikan yang kalah dihukum oleh pihak Nationalis yang menang.
Perperangan berakhir dengan kemenangan Nationalist, penggulingan kerajaan dilantik secara demokratik, dan penghijrahan beribu-ribu penduduk Sepanyol yang berhaluan kiri, ramai dari mereka lari ke kem pelarian di Selatan Perancis. Dengan penubuhan kediktatoran pimpinan Jeneral Francisco Franco selepas berakhirnya Perang Saudara, kesemua parti sayap kanan disepadukan dalam struktur rejim Franco.[5]
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama spanjudge
Ralat petik: Tag <ref>
wujud untuk kumpulan bernama "nb", tetapi tiada tag <references group="nb"/>
yang berpadanan disertakan