Presiden Majlis Menteri Republik Itali | |
---|---|
Presidente del Consiglio dei Ministri della Repubblica Italiana | |
Gelaran | Yang Terutama |
Anggota bagi | Council of Ministers of Italy (en) |
Bidang kuasa | Itali |
Institusi | Presidency of the Council of Ministers of Italy (en) |
Kediaman | Palazzo Chigi |
Pusat | Rom |
Dilantik oleh | Presiden Republik |
Tempoh jawatan | Tiada had penggal Penggal jawatan Perdana Menteri berakhir dengan penarikan keyakinan Parlimen Itali kepada jemaah Kabinet atau meletakkan jawatan |
Penjawat sulung | Camillo Benso dari Cavour |
Dibentuk | 17 Mac 1861 |
Senarai | List of prime ministers of Italy (en) |
Tapak web | governo.it |
sunting · sunting di Wikidata |
Perdana Menteri Itali, atau secara rasminya Persiden Majlis Menteri Republik Itali[1] (Bahasa Itali: Presidente del Consiglio dei Ministri) ialah ketua pemerintahan Republik Itali. Walaupun jawatan ini serupa dengan yang di dalam kebanyakan sistem berparlimen lain, namun Perdana Menteri Itali mempunyai bidang kuasa yang lebih kecil berbanding yang lain-lain. Jawatan ini mula-mula diwujudkan dalam Kerajaan Sardinia, kerajaan yang wujud sebelum Itali, pada tahun 1848. Pejabat Perdana Menteri ditubuhkan oleh Artikel 92 hingga 96 Perlembagaan Itali. Perdana Menteri dilantik oleh Presiden Republik selepas setiap pilihan raya umum dan mesti memperoleh keyakinan kebanyakan anggota Parlimen Itali agar dapat mengekalkan jawatannya.
Sebelum penubuhan Republik Itali, kedudukan itu dipanggil Presiden Majlis Menteri Kerajaan Itali (Presidente del Consiglio dei ministri del Regno d'Italia). Dari 1925 hingga 1943 semasa rejim Fasis, kedudukan itu berubah menjadi kedudukan diktator sebagai Ketua Kerajaan, Perdana Menteri, Setiausaha Negara[2] (Capo del Governo, primo ministro, segretario di Stato) yang dipegang oleh Benito Mussolini, Duce daripada Fasisme, yang secara rasmi ditadbir atas nama Raja Itali. Raja Victor Emmanuel III mengeluarkan Mussolini dari pejabat pada 1943 dan kedudukan itu dipulihkan apabila Marsyal Pietro Badoglio menjadi Perdana Menteri pada tahun 1943. Alcide De Gasperi menjadi Perdana Menteri pertama Republik Itali pada tahun 1946.
Perdana Menteri adalah Presiden Majlis Menteri-menteri yang memegang kuasa eksekutif dan kedudukannya adalah serupa dengan kebanyakan sistem parlimen yang lain.
Penyandang jawatan tersebut kini disandang oleh Giorgia Meloni, yang ke-60 sejak 2022 dan wanita Itali yang pertama menyandang jawatan tersebut.
|dead-url=
(bantuan)