Perjanjian Inggeris-Siam 1909

Perjanjian Inggeris-Siam 1909
Anglo-Siamese Treaty of 1909
Perjanjian Bangkok
Konteks
Ditandatangani10 Mac 1909 di Bangkok
Berkuat kuasa
9 Julai 1909
Penandatangan
Pihak
BahasaBahasa Inggeris
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Perjanjian Inggeris-Siam 1909 (bahasa Inggeris: Anglo-Siamese Treaty of 1909[1], Bahasa Thai: สนธิสัญญาอังกฤษ–สยาม พ.ศ. 2452) atau dikenali juga sebagai Perjanjian Bangkok 1909 (bahasa Inggeris: Bangkok Treaty of 1909, Bahasa Thai: สัญญากรุงเทพฯ) ialah perjanjian antara United Kingdom dan Thailand pada 1909. Perjanjian ini ditandatangani di Istana Raja Siam di Bangkok pada 10 Mac[2] sebelum diratifikasikan pada 9 Julai tahun sama.[3]

Perjanjian ini membahagikan beberapa negeri sepanjang Semenanjung Tanah Melayu kepada dua pengaruh utama yang kemudiannya membentuk sempadan moden antara Malaysia dan Thailand: Kedah (Bahasa Thai: ไทรบุรี), Kelantan (กลันตัน, Kalantan), Perlis (ปะลิส, Palit) and Terengganu (ตรังกานู, Trangkanu) diserahkan kepada pihak British yang memerintah secara beresiden tidak langsung dalam Tanah Melayu manakala Pattani, Menara, Singgora dan Jala diserahkan kepada pemerintahan Siam; hal ini turut mencetuskan suatu pergolakan kuasa yang berlanjutan di Selatan Thailand sehingga kini.

  1. ^ Siam. Treaty with Great Britain Hamilton King. 13 May 1909.
  2. ^ U.S. Department of State, Bureau of Intelligence and Research, Office of the Geographer, "International Boundary Study: Malaysia - Thailand Boundary," No. 57 Diarkibkan 16 September 2006 di Wayback Machine, 15 November 1965.
  3. ^ Great Britain, Treaty Series, No. 19 (1909)

Perjanjian Inggeris-Siam 1909

Dodaje.pl - Ogłoszenia lokalne