Permainan Besar, (bahasa Inggeris: The Great Game ), ialah peristiwa persaingan dan konflik strategi antara Empayar British dengan Empayar Rusia untuk meluaskan kuasa mereka di Asia Tengah. Permainan Besar bermula pada 12 Januari 1830 ketika Lord Ellenborough, presiden Lembaga Kawalan di India, menugaskan Lord William Bentinck selaku gabenor jeneral untuk mewujudkan jalan perdagangan baru ke Amiriah Bukhara.[1][2][3] Britain berhasrat untuk menguasai Amiriah Afghanistan dan menjadikan wialah itu sebagai wilayah naungan, dan menggunakan Empayar Uthmaniyah, Empayar Parsi, Kekhanan Khiva dan Amiriah Bukhara sebagai wilayah-wilayah untuk menyekat kemaraan Rusia. Ini akan melindungi India serta laluan perdagangan laut utama Britain dengan menghentikan Rusia daripada mendapatkan pelabuhan di Teluk Parsi atau Lautan Hindi.[1][2] Rusia mencadangkan Afghanistan sebagai zon neutral.[4] Hasil peristiwa ini termasuk Perang Inggeris-Afghan Pertama 1838 yang gagal, Perang Inggeris-Sikh Pertama pada 1845, Perang Inggeris-Sikh Kedua pada 1848, Perang Inggeris-Afghanistan Kedua pada 1878, dan penaklukan Kokand oleh Rusia.
Sebilangan sejarawan menganggap Permainan Besar berakhir dengan penandatanganan protokol Suruhanjaya Sempadan Pamir pada 10 September 1895,[5] ketika sempadan antara Afghanistan dan empayar Rusia ditentukan.[6][7][8][9] Ada segelintir pihak lain menetapkan titik akhir peristiwa ini dengan penandatanganan Konvensyen Inggeris-Rusia pada 31 Ogos 1907.[10]
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama ingram1980
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama ingram1984
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama secret1830
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama gerard1897
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama rowe2010
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama gebb1983
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama middleton2005