Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "region" Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "continent"
|
Persekutuan Rhodesia dan Nyasaland, juga dikenali sebagai Persekutuan Afrika Tengah (CAF) ialah persekutuan separa merdeka tiga kawasan selatan Afrika – koloni British berpemerintahan sendiri Rhodesia Selatan dan tanah naungan British, Rhodesia Utara dan Nyasaland – di antara 1953 dan 1963. Mengikut perlembagaan, ia adalah dibawah kawalan persekutuan Mahkota British, maksudnya ia bukannya koloni Mahkota ataupun dominion. Namun, oleh kerana tujuan pertubuhan ini adalah untuk, apabila tiba waktunya, menjadi sebuah dominion dalam Negara-negara Komanwel, daulat British ("Mahkota") diwakili oleh seorang Gabenor-Jeneral.
Pertubuhan ini diasaskan pada 1 Ogos 1953 dengan tujuan untuk membentuk jalan tengah antara negeri diperintah majoriti berkemerdekaan penuh, dengan wilayah-wilayah didominasi orang berkulit putih di Afrika Selatan, Angola dan Mozambique. Ia bertujuan untuk menjadi entiti kekal, tetapi akhirnya hancur kerana nasionalis Afrika kulit hitam mahukan bahagian kuasa yang lebih daripada yang sanggup diberikan oleh populasi kulit putih minoriti dominan.
Pemerintah negeri-negeri Afrika kulit hitam yang baru telah bersatu dalam menginginkan kolonialisme terhapus di Afrika. Kebanyakan kawasan lain di dunia telah beralih daripada kolonialisme sekitar lewat 1950-an dan awal 1960-an, maka United Kingdom ditekan untuk menyahkoloni oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan Pertubuhan Kesatuan Afrika (OAU). Kumpulan-kumpulan ini menyokong aspirasi nasionalis-nasionalis Afrika kulit hitam dan menerima dakwaan mereka mewakili rakyat kawasan mereka.
Pertubuhan ini secara rasminya runtuh pada 31 Disember 1963. Pada 1964, Rhodesia Utara memperoleh kemerdekaan daripada UK membentuk negara baru Zambia dan Nyasaland menerima kemerdekaan dan membentuk Malawi. Rhodesia Selatan dikenali sebagai Rhodesia sahaja dan, selepas berakhirnya Perang Belukar Rhodesia pada 1980, ia dikenali sebagai Zimbabwe.