Pertempuran Moscow

Pertempuran Moscow
Sebahagian daripada Barisan Timur Perang Dunia II

Disember 1941. Askar-askar baru bergerak ke garisan depan dari Moscow.
Tarikh2 Oktober 1941 – 7 Januari 1942
Lokasi
Wilayah Moscow, RSPS Rusia, Soviet Union
Keputusan

Kemenangan strategik Soviet

Pihak yang terlibat
 Jerman Nazi  Kesatuan Soviet
Komandan dan pemimpin
Jerman Nazi Adolf Hitler
Jerman Nazi Fedor von Bock
Jerman Nazi Heinz Guderian
Jerman Nazi Albert Kesselring
Kesatuan Soviet Joseph Stalin
Kesatuan Soviet Georgy Zhukov
Kesatuan Soviet Aleksandr Vasilevsky
Kekuatan
1 Oktober 1941:
1,929,406 askar,
[1][2][3] 1,000 kereta kebal,[4]
14,000 meriam,
Pesawat awal: 549 beroperasi[5][6][7] Pada masa penyerangan balas: 599[8]
1 Oktober 1941:
1,250,000–1,400,000 askar,
3,232 kereta kebal,
7,600 meriam,
Pesawat awal: 936 (545 beroperasi)[5] Pada masa penyerangan balas: 1,376[8]
Kerugian dan korban
174,000–400,000(see §7) 650,000–1,280,000(see §7)

Pertempuran Moscow (Rusia: Битва за Москву) adalah nama yang diberi oleh para sejarawan Soviet pada dua tempoh pertempuran strategik yang penting di keluasan 600 km (370 bt) di sektor Barisan Timur semasa Perang Dunia II. Ia berlaku antara Oktober 1941 dan Januari 1942. Daya usaha pertahanan Soviet menghampakan serangan Hitler keatas Moscow, ibu negara Kesatuan Soviet (USSR) dan merupakan kota raya terbesar Soviet. Moscow adalah salah satu objektif ketenteraan dan politik utama bagi Kuasa Paksi didalam pencerobohan Soviet Union mereka.

Penyerangan strategik Jerman, dinamakan Operasi Typhoon, dirancang dengan menjalankan dua serangan kacip, satu di utara Moscow menentang Barisan Kalinin oleh Tentera Darat Panzer Ke-3 dan Tentera Darat Panzer Ke-4, secara serentak memutuskan landasan keretapi Moscow–Leningrad, dan satu lagi ke selatan Wilayah Moscow menentang Barisan Barat di selatan Tula, oleh Tentera Darat Panzer Ke-2, manakala Tentera Darat Ke-4 mara terus ke arah Moscow dari barat. Satu rancangan operasi Jerman yang berasingan, diberi nama kod Operasi Wotan, telah dimasukkan kedalam fasa terakhir penyerangan Jerman.

Pada mulanya, tentera Soviet membuat pertahanan strategik Wilayah Moscow dengan membina tiga lingkaran pertahanan, mengerahkan ketumbukan simpanan yang baru diwujudkan, dan membawa askar-askar daripada Wilayah Tentera Siberia dan Wilayah Tentera Timur Jauh. Selepas itu, apabila penyerangan Jerman terhenti, satu penyerangan balas strategik dan operasi penyerangan berskala kecil Soviet telah dilaksanakan bagi memaksa ketumbukan Jerman kembali ke posisi di sekitar bandar-bandar Oryol, Vyazma dan Vitebsk, hampir mengepung tiga ketumbukan tentera darat Jerman semasa proses itu.

  1. ^ Mercatante (2012). Why Germany Nearly Won: A New History of the Second World War in Europe. m/s. 105.
  2. ^ Stahel (2013). Operation Typhoon: Hitler's March on Moscow, October 1941. m/s. 45.
  3. ^ Stahel, David (2011). Kiev 1941. m/s. 339.
  4. ^ Glantz (1995), p. 78.
  5. ^ a b Bergström 2007 p.90.
  6. ^ Williamson 1983, p.132.
  7. ^ Both Sources use Luftwaffe records. The often quoted figures of 900–1,300 do not correspond with recorded Luftwaffe strength returns. Sources: Prien, J./Stremmer, G./Rodeike, P./ Bock, W. Die Jagdfliegerverbande der Deutschen Luftwaffe 1934 bis 1945, Teil 6/I and II; U.S National Archives, German Orders of Battle, Statistics of Quarter Years.
  8. ^ a b Bergström 2007, p. 111.

Pertempuran Moscow

Dodaje.pl - Ogłoszenia lokalne