Pertempuran Somme | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Perbatasan Barat semasa Perang Dunia Pertama | |||||||
Pertempuran Somme 1 Julai – 18 November 1916 | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
| |||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
Douglas Haig Ferdinand Foch Henry Rawlinson General Émile Fayolle Hubert Gough General Joseph Alfred Micheler |
Crown Prince Rupprecht of Bavaria Max von Gallwitz Fritz von Below | ||||||
Kekuatan | |||||||
13 British and 11 French divisions 1 July 51 British and 48 French divisions July – November |
10½ divisions 1 July 50 divisions July – November | ||||||
Kerugian dan korban | |||||||
623,907 | c. 400,000 – c. 500,000 |
Pertempuran Somme (Perancis: Bataille de la SommePerang Dunia Pertama antara tentera empayar British dan Perancis menentang empayar Jerman. Ia berlangsung antara 1 Julai dan 18 November 1916 pada kedua belah tebing Sungai Somme di Perancis. Pertempuran ini merupakan salah satu yang terbesar semasa Perang Dunia Pertama, di mana lebih dari 1,000,000 orang tercedera atau terkorban, menjadikannya satu dari pertempuran paling berdarah dalam sejarah kemanusiaan. Tekad Perancis-British bagi serangan di Somme telah dibuat semasa perbincangan Berikat di Chantilly, Oise pada Disember 1915. Pihak Berikat bersetuju dengan strategi serangan gabungan terhadap Kuasa Pusat pada tahun 1916, oleh tentera Perancis, Russia, British dan Itali, dengan serangan Somme sebagai sumbangan Perancis-British. Bahagian utama serangan akan dibuat oleh Tentera Perancis, disokong di sisi utara oleh Tentera Keempat dari Pasukan Expeditionari British ("British Expeditionary Force-BEF").
, Jerman: Schlacht an der Somme ), juga dikenali sebagai Serangan Somme, merupakan pertempuran semasaKetika Tentera Jerman memulakan Pertempuran Verdun di Meuse pada Februari 1916, banyak divisen Perancis yang bertujuan bagi Somme dilencongkan dan serangan sokongan oleh pihak British kini menjadi usaha utama. Hari pertama di Somme merupakan kekalahan teruk bagi Tentera Kedua Empayar Jerman, yang diusir dari barisan pertahanan pertama oleh pasukan Tentera Keenam Perancis, dari Foucaucourt-en-Santerre selatan Somme ke Maricourt di tebing utara dan oleh Tentera Keempat British dari Maricourt ke persekitaran jalan Albert–Bapaume. 1 Julai 1916 juga merupakan hari paling teruk dalam sejarah Tentera British, yang mengalami c. 60,000 korban, terutamanya di perbatasan antara jalan Albert–Bapaume dan Gommecourt, Pas-de-Calais, di mana serangan gagal dengan teruknya, hanya sedikit tentera British sampai ke baris hadapan Jerman. Tentera British di Somme merupakan campuran sisa tentera biasa sebelum-perang, Pasukan jajahan dan Tentera Kitchener yang terdiri daripada batalion Pals, diambil dari kawasan dan pekerjaan yang sama, yang kehilangannya mempunyai kesan sosial mendalam di Britain.
Pertempuran ini penting bagi kepentingan kuasa udara dan penggunaan kereta kebal pertama. Pada akhir pertempuran, pasukan British dan Perancis telah menembusi 6 batu (9.7 km) ke dalam jajahan diduduki Jerman, mengambil lebih banyak kawasan berbanding sebarang serangan sejak Pertempuran Marne Pertama pada 1914. Tentera Anglo-Perancis gagal menawan Péronne dan masih 3 batu (4.8 km) dari Bapaume, wdi mana tentera Jerman mengekalkan kedudukan mereka semasa musim sejuk. Serangan British di lembah Ancre bersambung pada Januari 1917 dan memaksa Jerman berundur pada musim sejuk ke baris simpanan pada Februari sebelum pengunduran dijadual ke [Siegfriedstellung] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) (Garis Hindenburg) bermula pada Mac.
Jeneral Sir Douglas Haig, komander BEF dan Jeneral Henry Rawlinson, 1st Baron Rawlinson komander Tentera Keempat, telah dikritik sejak itu, kerana bilangan korban semasa pertempuran dan kerana gagal mencapai matlamat jajahan mereka. Pada 1 Ogos 1916 Winston Churchill mengkritik kelakuan Tentera British samasa serangan pada Kabinet British, mendakwa bahawa sungguhpun pertempuran tersebut telah memaksa Jerman menghentikan serangan mereka di Verdun, attrition mejejaskan tentera British lebih berbanding tentera Jerman. Sungguhpun Churchill gagal menawarkan jalan lain, pandangan kritik mengenai British di Somme memberi pengaruh dalam penulisan bahasa Inggeris sejak itu.