Peru (disebut [pé.ru], ejaan lama: Piru - Sepanyol: Perú ; bahasa-bahasa Quechua & Aymara: Piruw) atau nama rasminya Republik Peru (Sepanyol: República del Perú , Quechua: Piruw Republika , Templat:Lang-ay) adalah sebuah negara di Amerika Selatan bahagian barat, bersempadan dengan Ecuador dan Colombia di utara, Brazil di timur, Bolivia di timur, tenggara dan selatan, Chile di selatan dan Lautan Pasifik di barat. Peru merupakan negara yang kaya dalam budaya antropologi khususnya sebagai tapak berkembangnya suatu tamadun besar berupa Empayar Inka yang beribu kota di Machu Picchu.
Wilayah Peru adalah pusat tamadun Norte Chico, salah satu daripada tamadun tertua di dunia, Empayar Inca adalah negara terbesar di zaman Colombia Amerika. Empayar Sepanyol telah menjajah negara ini sejak abad ke-16 dan melaksanakan sistem Wizurai di semua koloni Sepanyol di Amerika Latin. Peru merdeka pada 1821 dan menempuh pelbagai kesukaran dari segi politik dan kegawatan ekonomi.
Peru melaksanakan sistem demokratik perwakilan di mana Peru dibahagi kepada 25 negeri.
Dari segi geografi, Peru menganjur dari pantai Lautan Pasifik hingga ke puncak pergunungan Andes. Hutannya sama seperti Malaysia iaitu hutan tropika terutama di Lembah Amazon. Peru merupakan sebuah negara sedang membangun. Indek Pembangunan Kemanusiaan pada kadar 50 % sahaja. Ekonomi utama ialah pertanian, perikanan, perlombongan, pengeluaran barangan terutama tekstil.
Penduduknya seramai 28 juta dan pelbagai etnik. Ini termasuklah Amerindian, Afrikan dan berketurunan Sepanyol. Mereka bercakap dalam bahasa Sepanyol kerana pernah dijajah selama ratusan tahun oleh Sepanyol. Bahasa lain ialah bahasa Quechua.
Ralat petik: Tag <ref>
wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/>
yang berpadanan disertakan
Only in Latin America have all new democracies retained a pure presidential form, except for Peru (president-parliamentary) and Bolivia (assembly-independent).CS1 maint: postscript (link) CS1 maint: ref=harv (link)