Pervez Musharraf پرويز مشرف | |
---|---|
![]() | |
Dalam jawatan 20 Jun 2001 – 18 Ogos 2008 | |
Perdana Menteri | Zafarullah Khan Jamali Chaudhry Shujaat Hussain Shaukat Aziz Muhammad Mian Soomro Yousaf Raza Gillani |
Didahului oleh | Muhammad Rafiq Tarar |
Digantikan oleh | Muhammad Mian Soomro (pemangku) |
Ketua Eksekutif Pakistan | |
Dalam jawatan 12 Oktober 1999 – 21 November 2002 | |
Presiden | Muhammad Rafiq Tarar |
Didahului oleh | Nawaz Sharif (Perdana Menteri) |
Digantikan oleh | Zafarullah Khan Jamali (Perdana Menteri) |
Dalam jawatan 6 Oktober 1998 – 28 November 2007 | |
Didahului oleh | Jehangir Karamat |
Digantikan oleh | Ashfaq Parvez Kayani |
Maklumat peribadi | |
Lahir | ![]() | 10 Ogos 1943
Mati | 5 Februari 2023![]() | (umur 79)
Parti politik | Liga Muslim Pakistan (Q) (sebelum 2010) Liga Muslim Seluruh Pakistan (2010–kini) |
Pasangan | Sehba Musharraf |
Anak | Ayla Bilal |
Perkhidmatan tentera | |
Kesetiaan | ![]() |
Cabang/khidmat | ![]() |
Tahun khidmat | 1964–2007 |
Pangkat | ![]() |
Pervez Musharraf (Urdu: پرویز مشرف;10 Ogos 1943 - 5 Februari 2023) adalah seorang jeneral empat-bintang bersara dan ahli politik Pakistan. Beliau pernah menjadi Presiden Pakistan (2001 - 2008) dan Ketua Turus Tentera Darat Pakistan (1998 - 2007). Beliau mengambilalih tampuk pemerintahan pada 12 Oktober 1999 dengan menyisihkan Nawaz Sharif yang ketika itu menjadi Perdana Menteri. Kemudian kuasa Perdana Menteri dipindahkan kepada Presiden Pakistan.
Pada 18 Ogos 2008, beliau meletakkan jawatan sebagai Presiden Pakistan setelah mengalami tekanan oleh kerajaan campuran. Musharraf kemudian memilih tinggal di London selama empat tahun, sebelum kembali ke Pakistan pada 24 Mac 2013, bagi menyertai pilihan raya yang mendatang. Semasa di luar negara, mahkamah telah mengeluarkan waran tangkap kepada beliau dan Shaukat Aziz, kerana dikatakan terlibat dengan pembunuhan Benazir Bhutto dan Akbar Bugti. Beliau kemudian tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam pilihan raya 2013 oleh Mahkamah Tinggi pada April 2013.[1]