Pesawat kargo

Boeing C-17A Globemaster III merupakan sebuah pesawat kargo besar untuk kegunaan ketenteraan.
Pesawat terkini dari firma Eropah, Airbus A400M

Pesawat kargo (juga dikenali sebagai pengangkut atau pesawat pengangkut udara) adalah sebuah pesawat kepak kaku yang direka atau diubahsuai untuk membawa barang-barang. Pesawat ini langsung tidak mempunyai kelengkapan untuk membawa penumpang, dan umumnya memiliki satu atau lebih pintu yang besar bagi memunggah kargo masuk dan keluar daripada pesawat. Pesawat pengangkut mungkin dioperasikan oleh syarikat penerbangan awam atau penerbangan kargo, secara syarikat persendirian atau angkatan tentera bersenjata sesebuah negara. Kebanyakan pesawat pengangkut udara membawa kontena-kontena ULD ruang kargo khas dalam pesawat penumpang.

Pesawat yang direka untuk kegunaan membawa kargo memiliki beberapa ciri yang membezakannya dengan pesawat penumpang konvensional iaitu: fiuslaj yang "gemuk", kedudukan sayap yang tinggi untuk membenarkan kawasan kargo lebih hampir dengan permukaan bumi, jumlah roda yang banyak untuk mendarat dilokasi yang tidak rata, dan satah ekor yang tinggi bagi membolehkan kargo dibawa masuk dan keluar secara terus ke dalam pesawat.


Pesawat kargo

Dodaje.pl - Ogłoszenia lokalne