Pfizer

Pfizer Inc.
Dinamakan sempenaCharles Pfizer Sunting ini di Wikidata
Jenis/bentuk sahAwam
Didagangkan sebagai
ISINUS7170811035 Sunting ini di Wikidata
IndustriFarmaseutikal
Ditubuhkan1849 (1849)
PengasasCharles Pfizer
Charles F. Erhart
Ibu pejabatBandar Raya New York, New York, A.S.
Kawasan perkhidmatanseluruh dunia
Tokoh pentingIan Read (Pengerusi & CEO)
KeluaranKeluaran farmasi, Sildenafil, atorvastatin, fluconazole, Vaksin COVID-19 Pfizer–BioNTech Sunting ini di Wikidata
Hasil $41.908 bilion (2020) [1]
Pendapatan kendalian $8.16 bilion (2020)[1]
Pendapatan bersih $9.615 bilion (2020)[1]
Modal239,640,000,000 Dolar Amerika Syarikat (2021) Sunting ini di Wikidata
Jumlah aset $178.983 bilion (2020)[1]
Jumlah ekuiti $65.495 bilion (2020)[1]
PemilikThe Vanguard Group, BlackRock, State Street Corporation Sunting ini di Wikidata
Bilangan kakitangans. 88,300 (2019)
Anak syarikatAgouron Pharmaceuticals
G.D. Searle
Greenstone
Hospira
InnoPharma
Parke-Davis
Tapak webwww.pfizer.com
Facebook: Pfizer Twitter: pfizer Instagram: pfizerinc LinkedIn: pfizer Youtube: UCzoP7l5bzSzi2gUUNn0I79w Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Pfizer Inc. (disebut /ˈfzər/)[2] merupakan sebuah syarikat farmaseutikal Amerika Syarikat yang beribu pejabat di Bandar Raya New York,[3] dengan ibu pejabat penyelidikannya terletak di Groton, Connecticut.

Pfizer ialah salah satu syarikat farmaseutikal terbesar di dunia.[4] Ia disenaraikan di Bursa Saham New York, dan sahamnya merupakan komponen dari Purata Perindustrian Dow Jones sejak tahun 2004.[5] Pfizer berada di kedudukan ke-64 dalam senarai Fortune 500 2020 syarikat AS terbesar dengan jumlah pendapatan, $47.644 bilion pada 31 Disember 2020.[4]

Syarikat ini membangunkan dan menghasilkan ubat-ubatan dan vaksin untuk pelbagai jenis disiplin perubatan, termasuk imunologi, onkologi, kardiologi, endokrinologi, dan neurologi. Produknya termasuk dadah blokbuster Lipitor (atorvastatin), digunakan untuk menurunkan kolesterol darah LDL; Lyrica (pregabalin) untuk kesakitan neuropatik/fibromyalgia; Diflucan (fluconazole), ubat antijamur oral; Zithromax (azithromycin), antibiotik; Viagra (sildenafil) untuk disfungsi erektil; Celebrex (juga Celebra, celecoxib), ubat antiradang; dan Prevnar 13, vaksin pneumokokal konjugat.[6]

Pada 2016, Pfizer dijangka bergabung dengan Allergan, dalam perjanjian yang bernilai $160 bilion, untuk mewujudkan "Pfizer plc" yang berpangkalan di Ireland.[7] Penggabungan itu dipinggirkan pada April 2016 kerana peraturan baru dari Perbendaharaan Amerika Syarikat terhadap penyongsangan, satu kaedah mengelakkan cukai dengan menggabungkan dengan syarikat asing.[8] Syarikat itu telah membuat penyelesaian farmaseutikal kedua terbesar dengan Jabatan Keadilan A.S..[perlu rujukan]

Pada 19 Disember 2018, Pfizer mengumumkan penggabungan bersama pembahagian penjagaan kesihatan pengguna bersama syarikat farmaseutikal UK GlaxoSmithKline; yang mengekalkan kawalan perkongsian (disenaraikan pada 68%).[9]

Pfizer ialah penyusun Indeks Perindustrian Dow Jones dari 2004 hingga 2020, ketika diumumkan bahawa syarikat itu akan digantikan oleh Amgen di Dow Jones. Perubahan tersebut berlaku pada awal perdagangan pada 31 Ogos 2020.[10][11]

  1. ^ a b c d e "Pfizer Financial Statements 2005-2020 | PFE". www.macrotrends.net. Dicapai pada 2021-02-08.
  2. ^ Wells, John C. (2008), Longman Pronunciation Dictionary (ed. 3rd), Longman, ISBN 9781405881180
  3. ^ "Frequently Asked Questions". Pfizer. Corporate Mailing Address. Dicapai pada October 24, 2014.
  4. ^ a b "Pfizer moves higher amid persistent breakup talk". Bloomberg Businessweek. 27 March 2012. Dicapai pada 8 July 2012.
  5. ^ "Dow Jones Industrial Average Historical Components" (PDF), moneycontrol.com, dicapai pada 24 November 2015
  6. ^ "Pfizer to buy Allergan in $160 billion deal". Reuters. November 24, 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-12-04. Dicapai pada November 26, 2015.
  7. ^ "Pfizer to buy Allergan in $160 billion deal". Reuters. November 24, 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-12-04. Dicapai pada November 26, 2015.
  8. ^ Humer, Caroline; Banerjee, Ankur. "Pfizer, Allergan scrap $160 billion deal after U.S. tax rule change". Reuters.
  9. ^ "GlaxoSmithKline and Pfizer merge healthcare arms". BBC. 19 December 2018. Dicapai pada 19 December 2018.
  10. ^ Bomey, Nathan. "Exxon Mobil, Pfizer removed from Dow Jones Industrial Average; Salesforce, Honeywell added". USA Today. Dicapai pada 2020-08-26.
  11. ^ Stevens, Pippa (2020-08-24). "Salesforce, Amgen and Honeywell added to Dow in major shake-up to the average". CNBC. Dicapai pada 2020-08-26.

Pfizer

Dodaje.pl - Ogłoszenia lokalne