Philip VI dari Perancis

Philip VI
Raja Perancis
Pemerintahan1 April 1328 – 22 Ogos 1350
Perancis29 Mei 1328
Didahului olehCharles IV
Diikuti olehJean II
Keputeraan1293
Kemangkatan22 Ogos 1350 (umur 57)
Coulombes Abbey, Eure-et-Loir, Perancis
PemakamanSaint Denis Basilica
PasanganJoan dari Burgundy
Blanche dari Navarre
AnakandaJean II dari Perancis
Philip dari Valois, Duke dari Orléans
Joan dari Perancis
KerabatIstana Valois
AyahandaCharles dari Valois
BondaMargaret dari Anjou
Agamaagama Kristian mazhab Katolik
Paparan amaran: Page using Template:Infobox royalty with unknown parameter "1 = monarch "

Philip VI (Bahasa Perancis: Philippe VI) (1293 – 22 Ogos 1350), digelar juga sebagai si bernasib baik. Baginda merupakan Raja pertama yang mendiami Istana di Valois. Pemerintahan baginda dicatatkan dari tahun 1328 hingga di hari kematiannya. [1]

Pertikaian dalaman turut mengganggu pemerintahan Philip VI. Apabila Raja Charles IV mangkat tanpa pewaris lelaki pada tahun 1328, calon yang sesuai menggantikan tempat baginda ialah anak saudara lelakinya, Edward III dari England, yang mewarisi tuntutannya melalui bondanya Isabella dari Perancis, kakak kepada Charkes IV. Namun, Edward III tidak layak untuk mewarisi takhta kerajaan Perancis melalui garis keturunan dari sehelah bonda mengikut undang-undang purba Salic. Pesaing terdekatnya ialah Philip VI yang juga merupakan calon kedua sistem perwarisan keberajaan monarki Perancis. Namun, Edward III juga menuntut takhta tersebut hingga mengakibatkan bermulanya Perang Seratus Tahun pada tahun 1337.[2]

Selepas memenangi beberapa peperangan awal di laut Eropah, Philip VI dan angkatan lautnya pula telah dimusnahkan dalam Pertempuran Sluys pada tahun 1340, memastikan bahawa perang saudara telah berlaku di Perancis ketika itu.

Pihak British mengambil satu lagi kelebihan penting di dalam Pertempuran Crécy pada tahun 1346. Pada tahun 1349, Philip VI menakluki Dauphiné dari pemerintahan Humbert II dan diamanahkan kerajaan wilayah ini kepada cucundanya Charles. Philip VI mangkat pada tahun 1350 dan digantikan oleh anakandanya John II.[3]


Philip VI dari Perancis

Dodaje.pl - Ogłoszenia lokalne