Pilihan raya tidak langsung merupakan sebuah proses yang mana para pengundi di dalam sebuah pilihan raya sebenarnya tidak memilih di antara calon bagi sesuatu jawatan tetapi lebih kepada memilih calon yang kemudiannya akan membuat pilihan tersebut. Ia merupakan salah satu bentuk pilihan raya yang paling lama dan masih digunakan hingga ke hari ini bagi banyak Dewan Pertuanan dan presiden-presiden. Proses ini juga digunkana di dalam banyak pilihan raya kesatuan dan kadangkala di organisasi-organisasi profesional, sivil, dan persaudaraan.
Banyak negara mempunyai sistem parlimen dan satu presiden yang lemah yang mana kebanyakannya digunakan bagi kuasa-kuasa istiadat memilih presiden mereka secara tidak langsung. (Jerman, Itali, Republik Czech, Estonia, Latvia, Hungary).
Di dalam satu sistem Westminster, ketua parti yang memiliki suara majoriti di dalam parlimen selalunya menjadi perdana menteri. Oleh itu, ia juga dikatakan bahawa perdana menteri dipilih secara tidak langsung.
Di Sepanyol, Kongres Timbalan mengundi satu undi percaya kepada calon raja (lazimnya ketua parti yang mana mengawal Kongres) and calon manifesto politik, satu contoh pilihan raya tidak langsung untuk memilih Presiden Kerajaan Sepanyol.
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.