![]() | |
Pembangun | Sony Interactive Entertainment |
---|---|
Pengilang | Sony |
Keluarga produk | PlayStation |
Jenis | Peranti realiti maya |
Tarikh jualan | 13 Oktober 2016[1] |
Harga pengenalan | |
Bil. dijual | 915,000 (sehingga 19 Februari 2017)[2] |
Paparan | 5.7" OLED, sudut pandangan 100°. |
Grafik | 1080p RGB (960 × RGB × 1080 per mata; 90–120Hz)"[1] |
Input | Penjejak menerusi 9 buah LED dikawal oleh PlayStation Camera |
Input pengawal |
|
Kamera | PlayStation Camera |
Pad sentuh | None |
Berat | 610 gram |
Laman sesawang | Tapak web rasmi |
PlayStation VR, dikenali juga dengan nama kod Project Morpheus semasa dalam pembangunan, merupakan set kepala realiti maya yang dibangunkan oleh Sony Interactive Entertainment,[3] yang dilancarkan secara rasmi pada 13 Oktober 2016.[1]
Set kepala PlayStation VR ini direka sebagai aksesori tambahan kepada konsol PlayStation 4. Sistem PlayStation VR berupaya mengeluarkan visual serentak kepada paparan di set kepala ini sendiri dan kepada paparan televisyen, yang mana televisyen bertindak sebagai paparan kedua yang akan memaparkan beberapa paparan set kepala PlayStation VR yang dimainkan oleh beberapa orang pemain. PlayStation VR menyokong penggunaan alat pengawal DualShock 4 yang didatangkan bersama konsol PlayStation 4 ataupun alat pengawal PlayStation Move.[4]
PlayStation VR memiliki paparan OLED bersaiz 5.7 inci, dengan resolusi berdefinisi penuh 1080p.[5] Set kepala ini juga memiliki kotak pemproses yang memproses fungsi 3D serta membolehkan paparan di set kepala dipaparkan pada televisyen, dan mempunyai bicu audio standard 3.5mm.[5][6] Set kepala PlayStation VR ini juga mempunyai sembilan LED gerakan yang terletak di hadapan yang digunakan oleh PlayStation Camera untuk menjejak pergerakan kepala sehingga 360 darjah.[5][7]
Sehingga 19 Februari 2017, set kepala PlayStation VR telah terjual sebanyak 915 000 unit di seluruh dunia.[8]
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama salesFebruary2017