Pleistosen | |
---|---|
Kronologi | |
Etimologi | |
Keformalan nama | Formal |
Maklumat kegunaan | |
Jasad cakerawala | Bumi |
Kegunaan tempatan | Global (ICS) |
Takrifan | |
Unit kronologi | Epok |
Unit stratigrafi | Siri |
Keformalan jangka masa | Formal |
Takrif sempadan bawah |
|
Sempadan bawah GSSP | Keratan Monte San Nicola, Gela, Sicily, Itali 37°08′49″N 14°12′13″E / 37.1469°N 14.2035°E |
Tarikh ratifikasi sempadan bawah GSSP | 2009 (as base of Quaternary and Pleistocene)[3] |
Takrif sempadan atas | Pengakhiran pengunduran Dryas Muda |
Sempadan atas GSSP | teras ais NGRIP2, Greenland 75°06′00″N 42°19′12″W / 75.1000°N 42.3200°W |
Tarikh ratifikasi sempadan atas GSSP | 2008 (as base of Holocene)[4] |
Sejarah dan prasejarah manusia |
---|
↑ sebelum Homo (Zaman pliosen) |
|
Sejarah bertulis |
↓ Masa Depan |
Pleistosen (sering dikenali sebagai Zaman Ais dalam bahasa umum) ialah nama untuk epok geologi yang berlangsung dari s. 2.58 million sehingga 11,700 tahun dahulu, merangkumi pengulangan beberapa tempoh pengglasieran yang terbaharu di Bumi. Sebelum perubahan terakhir disahkan pada tahun 2009 oleh Kesatuan Sains Geologi Antarabangsa, keratan Pleistosen dan Pliosen sebelumnya dianggap sebagai 1.806 juta tahun Sebelum Kini (SK). Penerbitan dari tahun-tahun sebelumnya boleh menggunakan salah satu takrifan tempoh tersebut. Penghujung Pleistosen berpadanan dengan penghujung tempoh pengglasieran terakhir dan juga penghujung zaman Paleolitik yang digunakan dalam bidang arkeologi. Nama itu merupakan gabungan dua perkataan dari bahasa Yunani Purba iaitu πλεῖστος (pleîstos) yang bermaksud "kebanyakan" serta καινός (kainós; dilatinkan dalam bentuk cænus ), bermaksud "baharu".
Pada penghujung epok Pliosen sebelumnya, benua Amerika Utara dan benua Amerika Selatan yang terpencil sebelum ini telah berhubung melalui Segenting Panama, menyebabkan berlakunya pertukaran fauna antara kedua-dua benua serta perubahan corak peredaran lautan, dengan pengglasieran di Hemisfera Utara mula berlaku sekitar 2.7 juta tahun dahulu. Semasa subepok Pleistosen Awal (2.58–0.8 Ma), manusia purba dari genus Homo muncul dari Afrika dan tersebar di seluruh benua Afro-Eurasia. Penghujung kepada subepok Pleistosen Awal ditandai dengan Peralihan Pleistosen Tengah, dengan pemusingan kitaran glasier berubah daripada kitaran 41,000 tahun kepada kitaran 100,000 tahun yang tidak bersimetri, menjadikan variasi iklim lebih ekstrem. Subepok Pleistosen Akhir menyaksikan penyebaran manusia moden di luar Afrika serta kepupusan semua spesies manusia yang lain. Manusia juga berhijrah ke benua Australia dan benua Amerika buat kali pertama, berpadanan dengan tempoh kepupusan kebanyakan haiwan berbadan gergasi di kawasan ini.
Arah perkembangan proses penggersangan dan penyejukan tempoh Neogen terdahulu diteruskan pada epok Pleistosen. Iklim sangat berubah-ubah bergantung kepada kitaran glasier, dengan paras laut menjadi 120 meter (390 ka) lebih rendah berbanding kini sewaktu kemuncak pengglasieran, sehingga mengupayakan percantuman antara benua Asia dengan benua Amerika Utara melalui Beringia serta pelitupan sebahagian besar kawasan utara Amerika Utara oleh Lembaran Ais Laurentide.