Pliosen

Pliosen
Kronologi
Etimologi
Keformalan namaFormal
Maklumat kegunaan
Jasad cakerawalaBumi
Kegunaan tempatanGlobal (ICS)
Skala masa yang digunakanSkala Masa ICS
Takrifan
Unit kronologiEpok
Unit stratigrafiSiri
Keformalan jangka masaFormal
Takrif sempadan bawahBerdasarkan peristiwa bermagnet Thvera (C3n.4n), yang hanya 96 ka (5 kitaran liukan) lebih muda berbanding GSSP
Sempadan bawah GSSPKeratan Heraclea Minoa, Heraclea Minoa, Cattolica Eraclea, Sicily, Itali
37°23′30″N 13°16′50″E / 37.3917°N 13.2806°E / 37.3917; 13.2806
Tarikh ratifikasi sempadan bawah GSSP2000[1]
Takrif sempadan atas
Sempadan atas GSSPKeratan Monte San Nicola, Gela, Sicily, Itali
37°08′49″N 14°12′13″E / 37.1469°N 14.2035°E / 37.1469; 14.2035
Tarikh ratifikasi sempadan atas GSSP2009 (sebagai tapak kepada tempoh Kuarterner dan epok Pleistosen)[2]

Pliosen (nama lainnya Pleiosen)[3] ialah nama untuk epok dalam skala masa geologi yang menjangkau dari 5.333 juta hingga 2.58[4] juta tahun dahulu. Ia merupakan epok kedua dan terbaharu di bawah Tempoh Neogen dalam Era Senozoik. Pliosen mengikuti Epok Miosen dan diikuti oleh Epok Pleistosen. Sebelum semakan tahun 2009 skala masa geologi, yang meletakkan empat tempoh glasier utama terkini sepenuhnya dalam epok Pleistosen, epok Pliosen ini juga mempunyai Peringkat Gelasian, yang berlangsung dari 2.588 sehingga 1.806 juta tahun dahulu, namun kini Peringkat Gelasian termasuk dalam epok Pleistosen.[5]

Seperti tempoh-tempoh geologi lama yang lain, stratum geologi yang mentakrifkan tempoh permulaan dan tempoh penghujung dapat dikenal pasti tetapi tarikh tepat permulaan dan akhir zaman itu ada sedikit ketidakpastian. Sempadan yang mentakrifkan Pliosen tidak ditetapkan pada peristiwa berskala dunia yang mudah dikenal pasti tetapi pada sempadan serantau antara epok Miosen yang lebih panas dan epok Pleistosen yang secara relatifnya lebih sejuk. Sempadan atas Pliosen ditetapkan pada permulaan tempoh glasier Pleistosen.

  1. ^ Van Couvering, John; Castradori, Davide; Cita, Maria; Hilgen, Frederik; Rio, Domenico (September 2000). "The base of the Zanclean Stage and of the Pliocene Series" (PDF). Episodes. 23 (3): 179–187. doi:10.18814/epiiugs/2000/v23i3/005.
  2. ^ Gibbard, Philip; Head, Martin (September 2010). "The newly-ratified definition of the Quaternary System/Period and redefinition of the Pleistocene Series/Epoch, and comparison of proposals advanced prior to formal ratification" (PDF). Episodes. 33 (3): 152–158. doi:10.18814/epiiugs/2010/v33i3/002. Dicapai pada 8 December 2020.
  3. ^ "Pleiocene". Dictionary.com Unabridged (Online). n.d.
  4. ^ See the 2014 version of the ICS geologic time scale Diarkibkan 2014-05-30 di Wayback Machine
  5. ^ Ogg, James George; Ogg, Gabi; Gradstein F. M. (2008). The Concise Geologic Time Scale. Cambridge University Press. m/s. 150–1. ISBN 9780521898492.

Pliosen

Dodaje.pl - Ogłoszenia lokalne