Polifenisme merupakan mekanisme biologi yang menyebabkan timbulnya fenotip yang berbeza-beza dari satu genotip sebagai kesan daripada keadaan persekitaran yang berbeza. Contohnya, buaya memiliki polifenisme penentu jantina, maka jantinanya merupakan ciri polifenik.[2]
Apabila bentuk polifenik wujud pada masa yang sama dalam populasi panmiksis (saling membiakbaka) yang sama, ia boleh dibandingkan dengan polimorfisme genetik.[3] Dengan polifenisme, peralihan antara morf adalah dipengaruhi oleh alam sekitar, tetapi dengan polimorfisme genetik, morf ditentukan oleh genetik. Persamaan antara kedua-dua perihal ini ialah, lebih daripada satu morf ialah sebahagian daripada populasi pada mana-mana satu masa. Ini agak berbeza daripada perihal-perihal yang mana satu morf seperti yang dijangka mengikuti satu lagi morf dalam masa setahun, sebagai contoh, iaitu pada dasarnya merupakan ontogeni normal yang mana organisma muda boleh bertukar bentuk, warna dan tabiat sewaktu dewasa.
Sifat ciri polifenik yang diskret ini membezakannya dengan ciri-ciri seperti berat badan dan ketinggian yang juga bergantung pada keadaan persekitaran tetapi berbeza-beza secara terus-menerus merentas suatu spektrum. Apabila hadirnya suatu polifenisme, suatu pencetus dari persekitaran menyebabkan organisma itu berkembang di sepanjang laluan yang berasingan, maka timbulknya morfologi yang berbeza; oleh itu, balasan kepada pencetus dari persekitaran itu adalah “ya atau tidak sama sekali.” Sifat keadaan persekitaran ini amat berbeza-beza, dan termasuklah pencetus bermusim seperti suhu dan kelembapan, penceuts feromon, pencetus kairomon (isyarat yang dilepaskan daripada satu spesies yang boleh difahami oleh satu lagi spesies), dan pencetus nutrisi.