Port Harcourt ialah ibu kota dan bandar terbesar bagi negeri Rivers, Nigeria.[12] Ia terletak di sepanjang sungai Bonny dan di Delta Niger.
Bandar tersebut juga merupakan bandar kelima paling ramai penduduk di Nigeria selepas Lagos, Kano, Ibadan dan Kaduna.[13][14] Setakat tahun 2016, populasi di kawasan bandar Port Harcourt dianggarkan sebanyak 1.865 juta orang, meningkat daripada 1.383 juta pada 2006.[9][15] Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menganggarkan pada 2021, bilangan penduduk di kawasan metropolitan bandar ini pula seramai 3.171 juta.[16][17]
^Kawasan bandar: Demographia (Januari 2015). Demographia World Urban Areas(PDF) (dalam bahasa Inggeris) (ed. 11th). Diarkibkan(PDF) daripada yang asal pada 5 Ogos 2011. Dicapai pada 7 September 2016.
^"Nipost Postcode Map" (dalam bahasa Inggeris). Perkhidmatan Pos Nigeria. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 November 2012. Dicapai pada 28 Oktober 2010.
^Demographia (April 2016). "Demographia World Urban Areas"(PDF) (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-11). Diarkibkan(PDF) daripada yang asal pada 5 Ogos 2011. Dicapai pada 7 September 2016.