Rencana ini memerlukan kemas kini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Silalah membantu. Anda boleh rujuk: Laman Perbincangannya • Dasar dan Garis Panduan Wikipedia • Manual Menyunting |
Dalam mitologi Yunani, Poseidon (bahasa Yunani: Ποσειδῶν ; Latin: Neptūnus) dikenal sebagai dewa yang menguasai laut. Dia merupakan salah satu dari 12 Dewa Olympus. Selain itu, dia disebut sebagai "Pengegar Bumi"[1] kerana peranannya dalam menyebabkan gempa bumi, dan telah dikenali sebagai "penjinak kuda".[2] Dia sering digambarkan sebagai lelaki yang lebih tua dengan rambut kerinting dan janggut .
Dewa-dewi Yunani | |
---|---|
Titan dan Dewa-dewi Olympus | |
Dewa Laut | |
Dewa Akhirat | |
Dewi Kesenian | |
Dewa Lainnya | |
Dewa-dewi Olympus | |
Dewa laut Nethuns dalam mitologi Etrusca diadopsi ke dalam mitologi Romawi sebagai Neptunus: kedua-dua dewa ini sendirinya merupakan padanan kepada Poseidon. Poseidon sudah dipuja di Pylos dan Thebes sejak zaman gangsa Yunani sebagai saudara Zeus dan Hades. Ada sebuah Himne Homeros untuk Poseidon. Poseidon mempunyai banyak anak. Poseidon merupakan pelindung bagi banyak kota di Yunani, meskipun dia gagal mendapatkan Kota Athena.[3] Binatang kesukaannya adalah kuda dan lembu. Pohon pinus sering dikhususkan sebagai suatu pohon keramat baginya.[4] Menurut sesetengah cerita rakyat, dia diselamatkan oleh ibunya Rea yang menyembunyikan dia di antara kawanan bebiri dan berpura-pura telah melahirkan seekor anak keldai yang dimakan oleh Cronos.[5]