Prachanda प्रचण्ड | |
---|---|
Menyandang jawatan 26 Disember 2022 | |
Presiden | Ram Baran Yadav |
Didahului oleh | Sher Bahadur Deuba |
Dalam jawatan 18 Ogos 2008 – 23 Mei 2009 | |
Presiden | Ram Baran Yadav |
Didahului oleh | Girija Prasad Koirala |
Digantikan oleh | Madhav Kumar Nepal |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Kaski, Nepal | 11 Disember 1954
Parti politik | CPN (Maois) |
Kediaman | Baluwatar, Kathmandu, Nepal |
Laman web | http://www.pmo.gov.np |
Prachanda (Devanagari: प्रचण्ड pracaṇḍa IPA: [pɾəʦəɳɖə], nama penuh: Chhabilal Dahal, kemudian Pushpa Kamal Dahal, lahir pada 11 Disember 1954) ialah ketua Parti Komunis Nepal (Maois) yang dipilih sebagai Perdana Menteri Nepal pertama sejak peralihan negara tersebut dari sistem beraja ke republik. Beliau juga merupakan pemimpin Tentera Pembebasan Rakyat, iaitu sayap ketenteraan Parti Maois. Di bawah kepimpinan beliau, Parti Maois melancarkan Perang Rakyat Nepal pada 13 Februari 1996, yang menyaksikan kira-kira 13,000 orang Nepal terkorban.
Perluasan fahaman Marxisme-Leninisme-Maoisme oleh Prachanda agar mengambil kira keadaan di Nepal dikenali sebagai Prachanda Path.
Dewan Perwakilan Nepal mengundi Prachanda untuk menjadi Perdana Menteri pada 15 Ogos 2008.[1] Beliau mengangkat sumpah pada 18 Ogos 2008.[2] Bagaimanapun, Prachanda meletak jawatan pada 4 Mei 2009 setelah tindakannya memecat ketua tentera Jeneral Rookmangud Katawal dibangkang oleh Presiden Ram Baran Yadav.[3]
"Prachanda" ialah nom de guerre (nama perang) beliau; ertinya "si bengis".
|accessdate=
dan |date=
(bantuan)