Presiden Korea Selatan

Presiden
Republik Korea Selatan
대한민국 대통령
Penyandang
Yoon Suk-yeol
sejak 10 Mei 2022
GelaranTuan Presiden
Tuan Yang Terutama Presiden
His Excellency President
(Untuk Lelaki)
Puan Presiden
Puan Yang Terutama Presiden
Her Excellency President
(Untuk Wanita)
Anggota bagiConstitutional institution (South Korea) (en) Terjemah dan Majlis Negara Korea Selatan Sunting nilai ini di Wikidata
Bidang kuasaKorea Selatan Sunting nilai ini di Wikidata
KediamanRumah Biru, Seoul, Korea Selatan
Dilantik olehTerus kepada undi popular
Tempoh jawatan5 tahun (tidak boleh diperbaharui)
Penjawat sulungSyngman Rhee
24 Julai 1948
Dibentuk24 Julai 1948 Sunting nilai ini di Wikidata
SenaraiPresiden Korea Selatan Sunting nilai ini di Wikidata
Tapak web(Inggeris) english.president.go.kr
Twitter: President_KR Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Presiden Republik Korea Selatan (Hangul대한민국 대통령; Hanja大韓民國 大統領; RRDaehanmin-guk daetongnyeong), juga disingkatkan kepada POTROK atau POSK; Hangul대통령, mengikut Perlembagaan, ialah ketua eksekutif kerajaan, ketua negara Republik Korea, Pengerusi Majlis Negara, dan panglima tertinggi angkatan tenteranya.

Perlembagaan dan pindaan Akta Pilihan Raya Presiden 1987 memperuntukkan pemilihan presiden melalui undi rahsia dan langsung yang mengakhiri pemilihan tidak langsung presiden oleh kerajaan sebelumnya. Presiden dipilih secara langsung untuk lima tahun dan tidak boleh dipilih lagi selepas itu. Jika terdapat kekosongan jawatan Presiden, pengganti hendaklah dipilih dalam masa 60 hari, yang pada masa itu tugas presiden dilakukan oleh Perdana Menteri atau Menteri Kanan lain seperti mana yang ditentukan oleh undang-undang. Ketika menjawat jawatan, presiden menetap di Rumah Biru dan dikecualikan dari liabiliti jenayah kecuali atas sebab pemberontakan atau penderhakaan.

Presiden Korea Selatan sering berdepan hukuman penjara selepas berakhir tempoh mereka berkuasa, biasanya sebaik pesaing politik mereka berpindah ke Rumah Biru.

Presiden kini, Yoon Suk-yeol, merupakan seorang bekas Ketua Pendakwa Korea Selatan dan ahli Parti Kuasa Rakyat, memegang jawatan tersebut pada 10 Mei 2022,[1][2] selepas mengalahkan calon Parti Demokratik, Lee Jae-myung dengan margin kemenangan Yoon sebanyak 0.73% dalam Pilihan raya presiden Korea Selatan 2022.[3]

  1. ^ "Yoon Suk Yeol to be sworn in as South Korea's new president". Kyodo News. Seoul. 10 Mei 2022.
  2. ^ "(LEAD) Yoon to take oath of office as S. Korea's new president". Yonhap News Agency. Seoul. 10 Mei 2022.
  3. ^ Choon, Chang May (11 Mei 2022). "Justice icon Yoon Suk-yeol elected new South Korea president, but rocky road ahead". The Straits Times. Seoul. Dicapai pada 11 Mei 2022.

Presiden Korea Selatan

Dodaje.pl - Ogłoszenia lokalne