Presiden Mesir

Presiden Republik Arab Mesir merupakan ketua negara Mesir. Di bawah Perlembagaan Mesir, seorang Presiden juga merupakan panglima besar untuk angkatan bersenjata dan ketua eksekutif pemerintahan Mesir.

Presiden pertama Mesir adalah Muhammad Naguib, yang memulakan masa jawatannya pada 18 Jun 1953, iaitu hari Mesir diisytiharkan sebagai sebuah republik.

Hosni Mubarak yang telah digulingkan dari jawatannya sebagai Presiden Mesir melalui peristiwa Revolusi Mesir 2011 merupakan presiden yang keempat. Penggal pertama jawatannya bermula pada 14 Oktober 1981 dan pada 2005 memulakan penggal kelima kepresidenannya, tanggal terakhir jawatan presidennya pula pada 11 Februari 2011.


Presiden Mesir

Dodaje.pl - Ogłoszenia lokalne