Presidium Majelis Agung (Rusia: Президиум Верховного Совета , Prezidium Verkhovnogo Soveta) ialah lembaga pemerintahan di Kesatuan Soviet yang menjadi bahagian tetap Majlis Agung. Lembaga ini memiliki peringkat kebangsaan (Presidium Majlis Agung Kesatuan Soviet) serta di setiap republik dan republik autonomi. Susunan dan fungsi presidium di semua republik mempunyai persamaan satu sama lain.[1] Anggota presidium dipilih oleh para anggota Majlis Agung untuk mewakili mereka semasa parlimen tidak bersidang. Pejabat ketua presidium secara de jure merupakan ketua negara.