ProQuest LLC merupakan perusahaan kandungan digital dan teknologi dari Ann Arbor, Michigan.[1] yang dibangunkan pada tahun 1938 sebagai University Microfilms oleh Eugene B. Power. ProQuest menyediakan solusi, aplikasi dan produk untuk perpustakaan. [2] Sumber-sumber dan alatnya menyokong pembelajaran dan penyelidikan, [1] penerbitan dan penyebaran maklumat, [3] dan perolehan, pengurusan dan pencarian koleksi perpustakaan. [1]
Dari sebuah syarikat yang menghasilkan produk mikrofilem kepada penerbit elektronik, [4] syarikat ini telah berkembang melalui pengambilalihan. [2] Hari ini, ProQuest menyediakan alat untuk pencarian dan pengurusan sitasi serta platform yang membolehkan pengguna perpustakaan untuk mencari, mengurus, menggunakan dan berkongsi penyelidikan [5] yang diperoleh daripada sumber yang berwibawa. [6] Jumlah kandungan, termasuk disertasi dan tesis, buku elektronik, surat khabar, majalah, koleksi sejarah, arkib kerajaan dan budaya [7] dan pangkalan data agregat lain dianggarkan lebih 125 bilion laman digital.[8] Kandungan boleh diakses melalui langganan perpustakaan.