Qantas Airlines Limited () (ASX:QAN) adalah syarikat penerbangan kebangsaan Australia.[2] "Qantas" ialah singkatan untuk "Queensland and Northern Territory Aerial Services". Nama gelarannya ialah "The Flying Kangaroo", dan syarikat penerbangan ini berpangkalan di Sydney, New South Wales, dengan hab utamanya berada di Lapangan Terbang Sydney. Ia adalah syarikat penerbangan terbesar di Australia, dan merupakan syarikat penerbangan tertua yang terus dikendalikan di dunia dan kedua tertua di dunia secara keseluruhan..[3] Ibu pejabat Qantas terletak di Qantas Centre di pinggir bandar Maskot, City of Botany Bay.
Qantas membawa 65% daripada pasaran domestik Australia dan membawa 18.7% daripada kesemua penumpang yang masuk dan keluar daripada Australia.[4]