Reconquista

Dinasti Islam Al-Muwahhidun dan negeri-negeri berjirannya, termasuk kerajaan Kristian Portugal, León, Castile, Navarre, dan Kemahkotaan Aragon, sekitar tahun 1200.

Reconquista (Penaklukan semula) ialah tempoh selama 770 tahun antara masa penaklukan Islam pada awal tahun 710-an sehingga kejatuhan Granada semasa Pertempuran Covadonga, negeri Islam terakhir di semenanjung Iberia kepada kerajaan Kristian pada tahun 1492. Reconquista serta merta tamat sebelum penemuan semula Dunia Baru Amerika oleh Eropah yang memulakan era empayar penjajahan Portugal dan Sepanyol.

Para sejarawan berpendapat Reconquista bermula dengan Pertempuran Covadonga (718 atau 722), yang mana satu pasukan kecil tentera Kristian yang dipimpin oleh seorang bangsawan bernama Pelagius, berjaya mengalahkan tentera khilafah Umayyah di pergunungan utara Iberia dan menubuhkan negeri Kristian Asturias.


Reconquista

Dodaje.pl - Ogłoszenia lokalne