Reinhard Heydrich

Reinhard Heydrich
Heydrich sebagai SS-Gruppenführer pada 1940
Dalam jawatan
29 September 1941 – 4 Jun 1942
Dilantik olehAdolf Hitler
Didahului olehKonstantin von Neurath
(Penaung hingga 24 Ogos 1943)
Digantikan olehKurt Daluege
(Pemangku Penaung)
Dalam jawatan
27 September 1939 – 4 Jun 1942
Dilantik olehHeinrich Himmler
Didahului olehJawatan diwujudkan
Digantikan olehHeinrich Himmler (pemangku)
Dalam jawatan
24 Ogos 1940 – 4 Jun 1942
Didahului olehOtto Steinhäusl
Digantikan olehArthur Nebe
Dalam jawatan
22 April 1934 – 27 September 1939
Dilantik olehHeinrich Himmler
Didahului olehRudolf Diels
Digantikan olehHeinrich Müller
Maklumat peribadi
Lahir
Reinhard Tristan Eugen Heydrich

(1904-03-07)7 Mac 1904
Halle an der Saale, Empayar Jerman
Mati4 Jun 1942(1942-06-04) (umur 38)
Prague-Libeň, Negeri Naungan Bohemia dan Moravia
(sekarang Prague, Republik Czech)
Parti politikParti Buruh Jerman Sosialis Nasional (NSDAP)
PasanganLina von Osten
(1931–1942; kematiannya)
PertalianHeinz Heydrich (adik)
Anak4
TandatanganTandatangan
Nama panggilan
  • The Hangman[1]
  • The Butcher of Prague[2]
  • The Blond Beast[2]
  • Himmler's Evil Genius[2]
  • Young Evil God of Death[3]
Kerjaya ketenteraan
Kesetiaan
Perkhidmatan
Tahun perkhidmatan1922–1942
Pangkat
PertempuranPerang Dunia II
AnugerahSee Service record of Reinhard Heydrich

Reinhard Tristan Eugen Heydrich (bahasa Jerman: [ˈʁaɪnhaʁt ˈtʁɪstan ˈɔʏɡn̩ ˈhaɪdʁɪç]  ( dengar)) (7 Mac 1904 – 4 Jun 1942) ialah seorang pegawai tinggi SS Jerman Nazi semasa Perang Dunia II, dan merupakan salah seorang arkitek utama peristiwa Holokus. Beliau adalah SS-Obergruppenführer und General der Polizei (Pemimpin Kanan Kumpulan dan Jeneral Polis) serta ketua Jabatan Keselamatan Utama Reich SS (termasuk Gestapo, Kripo, dan SD). Beliau juga adalah Stellvertretender Reichsprotektor (Timbalan/Pemangku Penaung)-Reich Bohemia dan Moravia, kini ia dikenali Republik Czech. Heydrich bertugas sebagai presiden Suruhanjaya Polis Jenayah Antarabangsa (ICPC; kemudian dikenali sebagai Interpol) dan mempengerusikan Persidangan Wannsee pada Januari 1942, yang memformalkan rancangan bagi Penyelesaian Terakhir untuk Permasalahan Yahudi—iaitu pengusiran dan genosid semua kaum Yahudi di Eropah taklukan Jerman.

Ramai sejarawan menganggap beliau sebagai tokoh paling jahat dalam golongan elit Nazi; Adolf Hitler menyifatkan beliau sebagai "lelaki dengan hati besi".[4] Beliau adalah ketua pengasas Sicherheitsdienst (SD), sebuah organisasi risik yang ditugaskan mencari dan meneutralkan penentang Parti Nazi melalui tangkapan, pengusiran, dan pembunuhan. Beliau bantu menganjurkan Kristallnacht, satu siri serangan tersusun terhadap orang Yahudi diseluruh Jerman Nazi dan sebahagian Austria pada 9–10 November 1938. Serangan tersebut, dilaksanakan oleh pasukan gempur SA dan orang awam, menandakan Holokus. Setibanya beliau di Prague, Heydrich berusaha menghapuskan penentang kepada pendudukan Nazi dengan menyekat budaya Czech dan mengusir dan menghapuskan anggota-anggota penentangan Czech. Beliau bertanggungjawab terus bagi Einsatzgruppen, pasukan petugas khas yang mengembara bersama-sama tentera Jerman dan membunuh lebih dua juta orang, termasuk 1.3 juta orang Yahudi, dengan penembakan beramai-ramai dan pembunuhan gas.

Heydrich telah mengalami kecederaan kritikal di Prague pada 27 Mei 1942 setelah diserang oleh sebuah tim askar Czech dan Slovak yang dilatih oleh Eksekutif Operasi Khas British yang telah dihantar oleh pihak kerajaan Czechoslovakia dalam buangan untuk membunuh beliau dalam Operasi Anthropoid. Walaupun cubaan itu gagal Heydrich meninggal dunia seminggu kemudian kerana jangkitan kuman dalam darah dari luka yang diterima. Laporan kematian mendapati terdapat cebisan kemasan dari kerusi kenderaan yang dinaiki gagal dikesan untuk dikeluarkan dari luka yang dijahit, ini mengakibatkan kematian beliau walaupun rawatan awal dari kejadian cubaan bunuh. Hitler dan parti Nazi menawarkan ganjaran yang terbesar buat masa itu untuk menangkap pembunuh Heydrich. Pihak risikan tersilap mengaitkan pembunuh dengan perkampungan Lidice dan Ležáky. Lidice telah dibakar hingga hangus; kesemua lelaki dewasa dan kanak-kanak lelaki yang berusia 16 tahun keatas telah ditembak, dan hampir semua wanita dan kanak-kanak telah diusir dan dibunuh dalam kem tahanan Nazi.

  1. ^ Merriam Webster 1996, m/s. 1416.
  2. ^ a b c Ramen 2001, m/s. 8.
  3. ^ Snyder 1994, m/s. 146.
  4. ^ Dederichs 2009, m/s. 92.

Reinhard Heydrich

Dodaje.pl - Ogłoszenia lokalne