Rentak

Rentak, ulangan jujukan mengikut masa, ditunjukkan dalam tarian: Phenakistoscope awal menunjukkan tarian waltz.

Rentak (Jawi: رنتق) atau ritme (disebut [rit.mĕ]) secara amnya bermaksud "pergerakan yang ditandai urutan unsur-unsur kuat dan lemah yang teratur, ataupun dengan keadaan berlawanan atau berlainan."[1] Maksud am kejadian berkala atau pola mengikut masa dapat dikenakan terhadap banyak kejadian alami yang memiliki kekalaan atau frekuensi dari mikrosaat sehingga berjuta tahun.

Dalam bidang seni laku rentak merupakan pemasaan pada skala manusia; tentang bunyi dan kesenyapan muzik, langkah-langkah tarian, ataupun matra (meter) bahasa pertuturan atau puisi. Rentak juga boleh merujuk kepada persembahan visual, seperti "pergerakan melalui ruang mengikut masa",[2] dan bahasa bersama berasakan pola menyatukan rentak dengan geometri. Pada masa kebelakangan ini, rentak dan meter menjadi bidang penyelidikan penting buat pengkaji muzik.

Perkataan "rentak" pada asalnya merujuk kepada "hentaman" atau "hentak[an]" kaki[3][4]:I "kerana marah atau teruja"[3] atau secara "bersama-sama".[5] "Ritme" pula pinjaman Yunani: ῥυθμός, rumi: rhythmos yang bererti "suatu ukuran gerakan yang simetris".

  1. ^ The Compact Edition of the Oxford English Dictionary. II. Oxford University Press. 1971. m/s. 2537.
  2. ^ "Art, Design, and Visual Thinking". Dicapai pada 2010-03-16.
  3. ^ a b Lihat:
    • Wilkinson, Richard James (1901). A Malay-English dictionary. Hongkong: Kelly & Walsh, limited. m/s. 340. رنتق rĕntaḳ. Stamping the feet in anger...
    • Wilkinson, Richard James (1932). "rentak". A Malay-English dictionary (romanised). II. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 333 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia. Stamping the foot in anger or excitement...
    Rencana ini mengandungi teks dari sumber yang berada dalam domain awam.
  4. ^ "rentak". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.CS1 maint: date and year (link)
  5. ^ Departemen Pendidikan Nasional (2008). Kamus Besar Bahasa Indonesia Pusat Bahasa Edisi Keempat. Jakarta: PT Gramedia Pustaka Utama.

Rentak

Dodaje.pl - Ogłoszenia lokalne