Rencana ini mengandungi senarai rujukan, bacaan berkaitan atau pautan luar, tetapi sumbernya masih tidak jelas kerana kekurangan petikan dalam baris. (November 2024) |
Republik ialah sebuah karya teori falsafah dan politik yang merupakan mahakarya termasyhur Plato. Kandungannya berkenaan dengan "falsafah benda-benda kemanusiaan" ("philosophia peri ta anthropina") dan merangkumi bidang-bidang epistemologi, falsafah politik, feminisme, dan secara amnya, etika, serta etika perubatan, komunisme dan ekonomi.
Bidang-bidang tersebut dibincangkan dalam karya ini untuk menemui sifat keadilan; ini dapat dilihat dalam pokok dialognya, iaitu soalan: "Apakah itu keadilan?" Dengan tumpuan terhadap pandangan ini, Plato (melalui watak Socrates bersama orang Athens dan pedatang lain) mereka sebuah "bandar dalam bentuk pertuturan" yang ideal, iaitu sebuah bandar teori yang mengamalkan keadilan yang sempurna. Bagaimanapun, Plato membincangkan bandar teori ini bukan sahaja untuk mereka bandar teradil yang dapat dibayangkan, tetapi terutamanya untuk menemui bagaimana seseorang itu harus hidup. Pada satu peringkat lagi, Republik Plato merupakan mahakarya yang menumpukan perhatian terhadap persoalan falsafah yang asas, iaitu, "soalan sejagat lawan tertentu".
Tajuk karya yang asalnya ialah Politeia (perkataan bahasa Yunani). Republik yang merupakan tajuk terjemahan bahasa Inggeris tradisional The Republic ialah nama yang kurang tepat. Nama tersebut berasal daripada tajuk terjemahan bahasa Latin De Republica; tajuk yang lebih tepat ialah "Rejim".