Republik Arab Bersatu ريڤوبليك عرب برساتو الجمهورية العربية المتحدة al-Jumhūriyyah al-‘Arabīyah al-Muttaḥidah | |||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1958–1961 | |||||||||||||||
| |||||||||||||||
Lagu kebangsaan: "Walla Zaman Ya Selahy"[1] والله زمان يا سلاحي | |||||||||||||||
Ibu negara | Kaherah | ||||||||||||||
Bahasa yang umum digunakan | Arab | ||||||||||||||
Kerajaan | Negara sosialis | ||||||||||||||
Presiden | |||||||||||||||
• 1958–1961 | Gamal Abdel Nasser | ||||||||||||||
Perdana Menteri | |||||||||||||||
• 1958–1961 | Gamal Abdel Nasser | ||||||||||||||
Badan perundangan | Majlis Kebangsaan | ||||||||||||||
Era Sejarah | Perang Dingin | ||||||||||||||
• Didirikan | 22 Februari 1958 | ||||||||||||||
• Dibubarkan | 2 September 1961 | ||||||||||||||
Keluasan | |||||||||||||||
1961 | 1,166,049 km2 (450,214 bt2) | ||||||||||||||
Populasi | |||||||||||||||
• 1961 | 32203000 | ||||||||||||||
Mata wang | Pound Mesir Pound Syria | ||||||||||||||
Zon waktu | UTC+2 (EET) | ||||||||||||||
• Musim panas (DST) | UTC+3 (EEST) | ||||||||||||||
Kod panggilan | 20 | ||||||||||||||
|
Republik Arab Bersatu (UAR) merupakan sebuah negara yang wujud antara 1958 sehingga 1961. Republik ini merupakan gabungan antara Mesir dan Syria. Syria keluar daripada gabungan ini pada 1961, manakala Mesir masih dikenali sebagai UAR sehingga 1971.
UAR merupakan langkah pertama mewujudkan sebuah negara Pan-Arab, iaitu gagasan Gamal Abdel Nasser. Beliau menjadi seorang wira Arab selepas kemenangan politiknya dalam Krisis Suez 1956. Presiden Nasser dan Presiden Shukri al-Kuwatli menandatangani Perjanjian Kesatuan pada 22 Februari 1958. Nasser dilantik sebgai Presiden UAR dan Kaherah dijadikan ibu kotanya.
Namun, rampasan kuasa di Syria pada 1961 oleh kuasa tentera, Syria dikeluarkan dari UAR, tanda akhirnya gabungan ini. Nama UAR masih kekal sehingga 1971, apabila ditukarkan balik kepada Mesir.