Ribut Tropika Greg

Ribut Tropika Greg
Ribut tropika (SSHWS)
Imej satelit Ribut Tropika Greg berhampiran negeri Sabah pada 25 Disember 1996
Terbentuk24 Disember 1996
Reda27 Disember 1996
Angin terkuat1 minit berterusan: 85 km/j (50 bpj)
Tekanan terendah991 hPa (mbar); 29.26 inHg
Kematian238 (102 hilang)
Kerosakan$280 juta (1996 USD)
Kawasan terjejasHampir keseluruhan negeri Sabah
Sebahagian daripada Musim taufan Lautan Pasifik 1996

Ribut Tropika Greg (kod JTWC: 43W) merupakan siklon tropika terakhir yang terbentuk dalam musim taufan Lautan Pasifik bagi tahun 1996. Dikesan mula terbentuk daripada lekukan tropika di Laut China Selatan pada 24 Disember 2.00 petang (waktu Malaysia), ribut ini membadai Sabah pada 26 Disember, dengan korban 238 nyawa, manakala 102 orang lagi dilaporkan hilang.[1] Ribut ini juga mengakibatkan kemusnahan harta yang besar di negeri Sabah. Ribut telah melenyap pada 28 Disember di Laut Sulawesi. Bencana ini merupakan antara bencana yang terburuk dalam sejarah negara.

  1. ^ Mohd. Azrone Sarabatin. "Greg masih jadi misteri", Berita Harian (Malaysia), 22 November 2003. Dicapai pada 11 Jun 2008.

Ribut Tropika Greg

Dodaje.pl - Ogłoszenia lokalne