Richard Nixon ريچرد نيکسن | |
---|---|
Dalam jawatan 20 Januari 1969 – 9 Ogos 1974 | |
Naib Presiden | Spiro Agnew (1969-1973) Tidak Ada (1973) Gerald R. Ford (1973-1974) |
Didahului oleh | Lyndon B. Johnson |
Digantikan oleh | Gerald Ford |
Naib Presiden Amerika Syarikat ke-36 | |
Dalam jawatan 20 Januari 1953 – 20 Januari 1961 | |
Presiden | Dwight D. Eisenhower |
Didahului oleh | Alben W. Barkley |
Digantikan oleh | Lyndon B. Johnson |
Senator Amerika Syarikat dari California | |
Dalam jawatan 1 Disember 1950 – 1 Januari 1953 | |
Didahului oleh | Sheridan Downey |
Digantikan oleh | Thomas Kuchel |
Ahli Dewan Perwakilan Amerika Syarikat dari daerah ke-12 California | |
Dalam jawatan 3 Januari 1947 – 30 November 1950 | |
Didahului oleh | Jerry Voorhis |
Digantikan oleh | Patrick J. Hillings |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Yorba Linda, California, A.S. | 9 Januari 1913
Mati | 22 April 1994 Bandaraya New York, New York, A.S. | (umur 81)
Kewarganegaraan | Amerika |
Parti politik | Republikan |
Pasangan | Pat Ryan (k. 1940; m. 1993) |
Tandatangan | |
Perkhidmatan tentera | |
Kesetiaan | Amerika Syarikat |
Cabang/khidmat | Tentera Laut Amerika Syarikat |
Tahun khidmat |
|
Pangkat | Komander |
Perang/Pertempuran | |
Richard Milhous Nixon (9 Januari 1913–22 April 1994; Jawi: ريچرد ميلهاءوس نيکسن ) ialah ahli politik Amerika yang berkhidmat sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-37 dari tahun 1969 hingga 1974. Beliau sebelumnya berkhidmat sebagai Naib Presiden Amerika Syarikat ke-36 dari tahun 1953 hingga tahun 1961. Beliau pernah berkhidmat sebagai Senator A.S. dan Ahli Dewan Perwakilan A.S. dari negeri California. Beliau merupakan presiden Amerika Syarikat yang pertama dan satu-satunya sehingga kini, yang meletak jawatan presiden. Pengundurannya disebabkan skandal beliau iaitu Skandal Watergate. Beliau juga mengumumkan berakhirnya Perang Vietnam yang telah menelan korban ribuan tentera pada 23 Januari 1973. Pengumuman itu secara tidak langsung menjadi pengakuan Amerika bahawa mereka kalah perang di kancah Asia Tenggara.