Riwaq (atau rivaq, رواق) ialah arked atau serambi anjung yang terbuka pada sekurang-kurangnya satu sisi. Riwaq merupakan satu unsur seni bina dalam seni bina Islam dan juga reka bentuk laman Islam.
Riwaq sering bertindak sebagai ruang transisi di antara ruang dalaman dan rungan luaran. Sebagai sebuah struktur serambi anjung, riwaq menyediakan perteduhan dan pengubahsuaian buat sinar matahari dalam iklim-iklim panas, dan perlindungan daripada hujan di mana-mana jua.