Rencana ini adalah sebahagian siri Masakan |
Teknik penyediaan dan perkakas masak |
---|
Perkakas dapur - Teknik Timbang dan ukur |
Ramuan dan jenis makanan |
Makanan |
Makanan wilayah |
Afrika - Asia - Asia Selatan Amerika Latin - Amerika Utara Caribbean - Eropah Tengah Timur Makanan-makanan lain... |
Lihat juga: |
Dapur - Hidangan Tukang masak terkenal Wikibuku: Buku masakan |
Roti | |
---|---|
Jenis | Makanan ruji, baked good |
Bahan utama | Tepung, Air, |
Bahan yang biasa digunakan | Air, tepung, garam, Saccharomyces cerevisiae, bumbu, telur ayam, susu, minyak |
Cara penyediaan | Breadmaking |
sunting · sunting di Wikidata |
Roti (Jawi: روتي ) merupakan satu kumpulan makanan ruji yang diperbuat daripada doh tepung dan air yang disediakan selalunya melalui pembakaran. Sepanjang zaman, roti seringkali menjadi makanan yang popular di seluruh dunia dan juga merupakan makanan manusia yang paling lama dan penting semenjak wujudnya pertanian.
Terdapat terlalu banyak kombinasi dan perkadaran jenis tepung serta bahan-bahan yang lain dan juga resepi tradisional dan cara penyediaan roti yang berbeza. Kesannya, seseorang akan mendapat pelbagai jenis,rupa,saiz dan tekstur roti dalam pelbagai rantau. Roti boleh diragikan oleh banyak jenis proses sama ada melalui mikrob semulajadi (contohnya, doh masam) mahupun pengudaraan tekanan tinggi tiruan semasa dan/atau pembakaran. Walau bagaimanapun, ada juga sesetengah jenis roti yang tidak diragikan, sama ada kerana kesukaan diri atau kerana tradisi atau sebab-sebab keagamaan. Banyak bahan-bahan yang bukan bijirin boleh ditambah, dari buah buahan dan kacang kepada lemak yang pelbagai. Roti komersial khususnya mengandungi bahan tambahan yang sesetengahnya tidak bernutrisi untuk menambah rasa, tekstur, warna atau jangka hayat.
Bergantung kepada adat tempatan dan kemudahan, roti boleh dihidangkan melalui beberapa bentuk pada bila-bila masa untuk makan. Roti juga dimakan sebagai makanan ringan, atau sebagai bahan dalam persiapan kulinari yang lain, seperti makanan bergoreng yang disaluti serbuk roti untuk mengelakkan lekitan atau rasa hambar komponen utama agar roti, ataupun bahan isian direka untuk mengisi kaviti atau mengekalkan jus yang mungkin mengalir keluar.
Salah satu sebabnya adalah kerana ilmu kepentingan roti dari dahulu lagi sebagai makanan asas, secara tradisional, amat susah untuk mendapatkan makanan, roti telah mendapat kepentingan sosial dan emosi yang menjangkaui kepentingan nutrisi. Roti memainkan peranan yang penting dalam upacara keagamaan dan budaya sekular.