The Royal Society of London for the Improvement of Natural Knowledge atau secara ringkasnya Royal Society (bahasa Melayu: Persatuan Diraja) merupakan sebuah persatuan terpelajar yang ditubuhkan pada 1660. Persatuan ini mengakui diri sebagai persatuan terpelajar yang ditubuhkan paling awal di dunia. Royal Society merupakan akademi sains di United Kingdom dan menerima peruntukan £40 juta setiap tahun daripada kerajaan. Sebuah badan sukarela, Royal Society juga merupakan ahli Science Council.