Rumah (Tulisan Jawi: رومه) merupakan sebuah tempat kediaman manusia yang mempunyai dinding dan bumbung yang dapat menahan dari kerpasan, angin, kepanasan, kesejukan dan penceroboh. Kadangkala rumah juga didiami haiwan, namun tempat tinggal yang khusus untuk haiwan biasanya dipanggil kandang atau sarang.[1]
Terdapat beberapa jenis-jenis rumah yang ada di dunia ini iaitu Rumah tunggal seperti Banglo, Rumah berkembar seperti semi-D,Rumah bersambung, seperti rumah teres atau rumah panjang, Rumah pangsa seperti Pangsapuri flat dan Rumah Tradisional.