Sejarah Montenegro

Sejarah Montenegro bermula pada awal Zaman Pertengahan.

Puak-puak Slav bercampur aduk dengan bangsa-bangsa Illyria, Avar dan Rom dan berorgansasi menjadi satu daerah duke Duklja menjelang abad ke-10. Pada tahun 1077, Paus Gregory VII mengiktiraf Duklja sebagai satu negara bebas, dan mengiktiraf juga Raja Mihailo (Micheal atau Mikail) (dari dinasti Vojisavljević yang diasaskan oleh bangsawan Stefan Vojislav) sebagai rex Doclea (Raja Duklja). Akan tetapi, negara itu menghantar tanda penghormatan kepada Empayar Byzantum; ia kemudianya melahirkan kerajaan medieval Serb Zupan Agong (bahasa Serb: župan) Stefan Nemanja yang berasal daripada Duklja.

Prinsipaliti bebas negara Zeta yang lebih dekat dengan negara Montenegro yang awal muncul pada tahun 1360. Rumah Balšić (1360 - 1421) dan Rumah Crnojević (1421 - 1499) merupakan dinasti yang memerintah Zeta; dan walaupun Empayar Uthmaniyyah mengawal tanah selatan dan timur dari abad ke-15, ia tidak pernah menumpaskan seluruhnya Zeta.

Pada tahun 1516, putera berhaluan sekular Đurađ Crnojević turun daripada tahktanya untuk memberi peluang kepada Ketua Bishop Vavil memerintah, dan kemudiannya Montenegro bertukar menjadi negara teokrasi dibawah pemerintahan putera-bishop (vladika) dari Cetinje, satu tempat yang dipegang dari tahun 1697 oleh keluarga Petrović-Njegoš dari klan Riđani. Petar Petrović Njegoš yang merupakan vladika paling berpengaruh, memerintah dalam bahagian pertama abad ke-19. Pada tahun 1851, Danilo II Petrović Njegoš menjadi vladika tetapi pada tahun 1852 kemudian beliau telah berkahwin, seterusnya membuang sifat keagamaannya dan menjadikan kerajaannya sebagai prinsipaliti sekular semula dengan memakai gelaran baru knjaz (Putera).

Pada tahun 1910, Putera Nikola I menjadi Raja Montenegro. Dua tahun kemudiannya, pada bulan Oktober 1912, Raja Nikola mengistiharkan peperangan keatas Empayar Uthmaniyyah dengan mencetuskan dua Perang Balkan. Serangan tentera Montenegro keatas kubu pertahanan Utmaniyyah di bandar Skutari memaksa empayar berkenaan menyediakan satu angkatan tentera di Macedonia berhampiran. Angkatan tentera ini pula diserang oleh ketenteraan Greece, Serbia dan Bulgaria yang telah berpakat untuk memasuki peperangan ini pada sebelumnya. Hasilnya suatu kekalahan teruk kepada Utmaniyyah, yang terpaksa berundur sehingga ke Istanbul.

Montenegro kemudian mendapat hadiahnya - sebahagian besar kawasan yang telah diperintah oleh Utmaniyyah dikenali sebagai Sanjak, tetapi tidak mendapat Skutari, iaitu habuan paling besarnya dalam peperangan itu. Persidangan London memberikan Skutari kepada negara bebas Albania.

Sebagai pihak yang menyokong kuasa perikatan dalam Perang Dunia I, Montenegro diceroboh tentera Austria-Hungary. Pada tahun 1918, satu legislatif yang dikawal Serbia menyetujui kemasukannya kedalam kawasan jajahan Serbia. Kendatipun begitu, golongan pro-merdeka menentang mereka pada Hari Krismas tahun 1919 dengan melancaran bantahan. Bantahan ini ditumpas pada tahun 1924.

Dari tahun 1919 ke 1941, Montenegro merupakan sebahagian daripada Kerajaan Yugoslavia. Semasa Perang Dunia II, Montenegro diceroboh tetera fasis Itali dan kemudiannya Nazi (1941-1944). Dari tahun 1945 ke 1992, Montenegro adalah satu republik dalam Republik Persekutuan Sosialis Yugoslavia. Pada masa itu ibu negaranya yang bernama Podgorica dikenali sebagai Titograd.


Sejarah Montenegro

Dodaje.pl - Ogłoszenia lokalne