Sejarah Singapura

Singapura memainkan peranan yang kecil di dalam perkembangan sejarah Asia Tenggara sehinggalah Sir Stamford Raffles menubuhkan sebuah pelabuhan British di situ. Di bawah pemerintahan koloni British, Singapura telah menjadi pelabuhan yang amat strategik memandangkan ia terletak di tengah-tengah laluan perdagangan di antara India dan China yang akhirnya menjadi antara pelabuhan yang terpenting di dunia sehingga ke hari ini. Semasa Perang Dunia II, Singapura telah ditawan oleh tentera Jepun dari tahun 1942 hingga tahun 1945. Diantara wira yang terkorban dalam mempertahankan Singapura dalam perperangan ini adalah leftenan Adnan bin Saidi.

Selepas tamat peperangan, penduduk tempatan dibenarkan menjalankan pemerintahan sendiri tetapi masih belum mencapai kemerdekaan. Seterusnya pada tahun 1963 Singapura telah bergabung dengan Tanah Melayu bersama-sama dengan Sabah dan Sarawak untuk membentuk Malaysia. Tetapi Singapura seterusnya telah keluar daripada Malaysia untuk menjadi sebuah republik pada 9 Ogos 1965.


Sejarah Singapura

Dodaje.pl - Ogłoszenia lokalne