Seni tampak atau seni visual[1] ialah satu bentuk seni terapan[2] yang menumpukan kepada hasil penciptaan yang berbentuk boleh dinampak seperti lukisan, fotografi, grafik dan filem. Kebanyakan disiplin kesenian seperti seni persembahan, bahasa dan masakan melibatkan aspek seni visual dan lain-lain seni, jadi definisi seni tidak terhad.[3]
Dengan kata lain seni visual ialah sesuatu hasil/ciptaan yang boleh dinampak melalui penglihatan mata.[4] Hasil/karya itu bersumberkan daya fikiran dan kesenian yang mutlak dalam minda seseorang dan seterusnya diterjemahkan kepada objek yang nyata serta boleh dilihat seperti gambar, arca, model dan sebagainya.