Orang-orang Melayu merupakan mereka yang handal bermain senjata. Terdapat pelbagai senjata yang digunakan dalam pekerjaan seharian, dan juga yang khusus untuk mempertahankan diri. Bagaimanapun, senjata-senjata ini semakin pupus dan dilupai dari ingatan walaupun dari mereka yang berbangsa Melayu. Disenaraikan di bawah sebahagian kecil senjata yang masih diketahui agar ia berkekalan dalam pengetahuan kita semua.
Senjata-senjata ini tidak semestinya dicipta oleh orang Melayu semata-mata, tetapi selagi ia digunakan secara meluas, maka ia bolehlah disenaraikan sebagai di sini.