Senozoik | |
---|---|
Kronologi | |
Peristiwa pada era Senozoik Garis masa anggaran bagi peristiwa-peristiwa Senozoik. Skala paksi: juta tahun sebelum masa kini. | |
Etimologi | |
Keformalan nama | Formal |
Nama panggilan | Zaman Mamalia |
Maklumat kegunaan | |
Jasad cakerawala | Bumi |
Kegunaan tempatan | Global (ICS) |
Skala masa yang digunakan | Skala Masa ICS |
Takrifan | |
Unit kronologi | Era |
Unit stratigrafi | Eratem |
Keformalan jangka masa | Formal |
Takrif sempadan bawah | Lapisan kaya dengan iridium yang berkaitan dengan impak meteorit besar dan perisitwa kepupusan K-Pg extinction event selanjutnya. |
Sempadan bawah GSSP | Keratan El Kef, El Kef, Tunisia 36°09′13″N 8°38′55″E / 36.1537°N 8.6486°E |
Tarikh ratifikasi sempadan bawah GSSP | 1991 |
Takrif sempadan atas | N/A |
Sempadan atas GSSP | N/A |
Tarikh ratifikasi sempadan atas GSSP | N/A |
Senozoik merupakan nama untuk era geologi Bumi yang terkini, mewakili 66 juta tahun terkini dari sejarah geologi Bumi. Ia bercirikan dominasi haiwan mamalia, burung dan tumbuhan berbunga (angiosperma). Era ini merupakan era terbaharu daripada tiga era geologi pada eon Fanerozoik, didahului oleh era Mesozoik dan era Paleozoik. Era Senozoik bermula dengan peristiwa kepupusan Kapur-Paleogen dengan begitu banyak spesies termasuk dinosaur bukan unggas menjadi pupus, dan peristiwa ini dikaitkan oleh pakar geologi dengan hentaman asteroid besar yang dikenali sebagai hentaman Chicxulub.
Era Senozoik juga dikenali sebagai Zaman Mamalia kerana haiwan daratan yang mendominasi kedua-dua hemisfera merupakan haiwan mamalia, yang terdiri daripada euteria (haiwan mamalia berplasenta) di hemisfera utara dan metateria (haiwan mamalia berkantung, kini hanya terhad pada benua Australia dan sebahagian daripada benua Amerika Selatan) di hemisfera selatan. Kepupusan pelbagai kumpulan haiwan membenarkan mamalia dan burung mengalami percambahan spesies sehingga mendominasi kehidupan di Bumi. Benua-benua juga bergerak sehingga ke kedudukan pada masa kini pada era ini.
Iklim pada awal era Senozoik adalah lebih panas berbanding hari ini, terutamanya sewaktu Maksimum Suhu Paleosen-Eosen. Namun, peralihan dari Eosen ke Oligosen dan pengglasieran Kuarterner mengering dan menyejukkan Bumi.