Serangan 11 September سرڠن 11 سيڤتيمبر | |
---|---|
Sebahagian daripada pengganasan di Amerika Syarikat | |
![]() Dari atas, kiri ke kanan: Menara berkembar World Trade Center terbakar; runtuhan daripada bangunan Pentagon; penerbangan 175 melanggar menara selatan World Trade Center; seorang anggota bomba meminta bantuan di kawasan sifar bumi; enjin pesawat bagi penerbangan 93 didapatkan semula dari tempat kemalangan; tiga tangkap layar video penerbangan 77 yang terhempas | |
Lokasi | ![]() Bandaraya New York, New York Arlington, Virginia Stonycreek, Somerset, Pennsylvania |
Tarikh | 11 September 2001 8:14 pagi[a] – 10:03 pagi[b] (EDT) |
Sasaran |
|
Jenis serangan | |
Senjata | Kapal terbang penumpang yang dirampas |
Kematian | 2,996 (2,977 mangsa + 19 pengganas al-Qaeda) |
Tercedera | 6,000–25,000[c] |
Pelaku | Al Qaeda ![]() |
Penyerang | Al-Qaeda, Osama bin Laden[3] |
Bil. pelaku | 19 |
Motif | Beberapa; lihat fatwa oleh Osama bin Laden |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Serangan 11 September 2001 (Tulisan Jawi: سراڠن 11 سيڤتيمبر 2001; juga digelar 9/11) ialah empat siri serangan berani mati yang teratur oleh al-Qaeda ke atas Amerika Syarikat pada 11 September 2001. Pada pagi itu, 19 orang pengganas al-Qaeda merampas empat buah kapal terbang penumpang komersil.[4][5] Para perampas itu sengaja menghempaskan dua pesawat ke arah Menara Berkembar World Trade Center (Pusat Dagangan Dunia) di Bandar Raya New York, sekaligus mengorbankan nyawa semua penumpang dan kebanyakan pekerja dalam bangunan terbabit. Kedua-dua menara runtuh dalam masa satu jam dan 42 minit, menyebabkan bangunan berdekatan turut musnah atau mengalami kerosakan. Mereka juga menghempaskan pesawat ketiga ke arah bangunan Pentagon di Arlington, Virginia, di Washington, D.C.. Kapal terbang yang keempat pula terhempas di kawasan berdekatan pekan Shanksville di negeri Pennsylvania setelah beberapa penumpang dan kakitangannya cuba merampas semula kapal terbang itu yang dihalakan oleh perampas ke arah Washington, D.C., untuk menyasar Bangunan Kapitol atau Rumah Putih. Semua penumpang keempat-empat pesawat terkorban.
Seramai 2,977 mangsa dan kesemua 19 perampas terkorban dalam serangan.[6] Menurut Jabatan Kesihatan Negeri New York, sehingga Jun 2009, sejumlah 836 orang yang bertindak memberi bantuan untuk tragedi ini, termasuk anggota bomba dan polis telah meninggal dunia.[6] Di kalangan 2,752 mangsa yang terkorban dalam serangan di World Trade Center adalah 343 orang bomba dan 60 orang polis dari Bandar Raya New York dan Lembaga Pelabuhan.[7] 184 orang lagi terkorban dalam serangan ke atas Pentagon.[8] Kebanyakan besar mangsa korban ialah orang awam, termasuk warga 70 negara.[9] Selain itu, terdapat sekurang-kurangnya satu kematian tak langsung, akibat penyakit paru-paru kerana terdedah kepada habuk runtuhan World Trade Center.[10]
Kesangsian cepat dilemparkan ke arah al-Qaeda. Ketuanya, Osama bin Laden mula-mula menafikan bahawa dia terlibat, tetapi pada tahun 2004, akhirnya, beliau mengakui bertanggungjawab mendalangi serangan itu.[3] Amerika Syarikat bertindak balas terhadap kejadian ini dengan melancarkan Perang Terhadap Keganasan, menyerang Afghanistan untuk menjatuhkan kumpulan Taliban yang melindungi ahli-ahli al-Qaeda, serta menggubal Akta PATRIOT Amerika Syarikat. Pada Mei 2011, barulah bin Laden ditemui lalu dibunuh. Banyak lagi negara lain yang turut mengukuhkan perundangan anti-pengganasan serta menambah kuasa penguatkuasa undang-undang. Beberapa bursa saham Amerika ditutup sepanjang minggu selepas serangan, kemudian mencatatkan kerugian teruk sebaik sahaja membuka semula, terutamanya industri penerbangan dan industri. Kemusnahan ruang pejabat bernilai beribu juta dolar telah menyebabkan ekonomi Lower Manhattan teruk terjejas.
Kerosakan Pentagon dibersihkan lalu dibaik pulih dalam masa setahun, dan sebuah Tugu Peringatan Pentagon didirikan dekat bangunan itu. Proses pembinaan semula telah dilancarkan di tapak World Trade Center. One World Trade Center yang baru kini sedang dibina di atas tapak itu dan baru siap pada tahun 2013. Beberapa lagi menara sedang dibina di atas tapak itu bermula tahun 2007 hingga 2013.
Ralat petik: Tag <ref>
wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/>
yang berpadanan disertakan
al-Qaeda leader Osama bin Laden appeared in a new message aired on an Arabic TV station Friday night, for the first time claiming direct responsibility for the 2001 attacks against the United States.
|journal=
(bantuan)
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama DustDeath