Serangga kadis Julat zaman: Triassic - Sekarang
| |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Superorder: | |
Order: | Trichoptera Kirby, 1813
|
Suborder | |
Serangga kadis (bahasa Inggeris:caddisfly) ialah sejenis serangga dalam order Trichoptera dengan kira-kira 12,000 spesies yang dikenalpasti.[1] Trichoptera ialah serangga seperti kupu-kupu kecil mempunyai dua pasang sayap membran berbulu. Trichoptera bersaudara dekat dengan Lepidoptera (kupu-kupu dan rama-rama) yang mempunyai sisik pada sayapnya, dan kedua-dua membentuk superorder Amphiesmenoptera. Trichoptera mempunyai larva akuatik dan dijumpai di pelbagai jenis habitat seperti sungai, tasik dan kolam. Larva daripada banyak spesies membuat sarung perlindungan sutera yang dihiasi dengan kerikil, pasir, ranting atau serpihan lain. Nama "Trichoptera" berasal daripada bahasa Greek: θρίξ (thrix , "rambut") + πτερόν (pteron , "sayap").