Shah Jahan Yang Hebat | |
---|---|
Maharaja Mughal | |
Pemerintahan | 8 November 1627 - 2 Ogos 1658 |
Pertabalan | 25 Januari 1628 di Agra |
Nama penuh | Shahab-ud-din Muhammad Shah Jahan |
Gelaran | Imperial mansbdar of 30,000 |
Dimakamkan | Taj Mahal |
Pendahulu | Jahangir |
Pengganti | Aurangzeb |
Isteri | Akbarabadi Mahal (m. 1677) Kandahari Mahal (l. 1594, m. 1609) Mumtaz Mahal (l. 1593, m. 1612, d. 1631) Hasina Begum Sahiba (m. 1617) Muti Begum Sahiba Qudsia Begum Sahiba Fatehpuri Mahal Sahiba (d. after 1666) Sarhindi Begum Sahiba (d. after 1650) Shrimati Manbhavathi Baiji Lal Sahiba (m. 1626) |
Anakanda | Jahanara Begum, Dara Shukoh, Shah Shuja, Roshanara Begum, Aurangzeb, Murad Baksh, Gauhara Begum |
Dinasti | Timuriyah |
Ayahanda | Jahangir |
Bonda | Puteri Manmati[1] |
Agama | Islam |
Shahab Uddin Muhammad Shah Jahan I (gelaran penuh: Al-Sultan al-'Azam wal Khaqan al-Mukarram, Abu'l-Muzaffar Shihab ud-din Muhammad, Sahib-i-Qiran-i-Sani, Shah Jahan I Padshah Ghazi Zillu'llah [Firdaus-Ashiyani Shahanshah-E-Sultanant Ul Hindiya Wal Mughaliya Emperor of India) (juga dikenali sebagai Shah Jehan, Shahjehan, Urdu: شاه جہاں, bahasa Parsi: شاه جهان (5 Januari 1592 – 22 Januari 1666) merupakan sultan Empayar Mughal pada India dari 1628 sehingga 1658. Nama Shah Jahan berasal dari bahasa Parsi yang bermaksud " pemerintah dunia." Baginda merupakan pemerintah kerajaan Mughal yang kelima selepas Babur, Humayun, Akbar, and Jahangir. Semasa muda, beliau telah menjadi budak kesukaan datuknya iaitu Akbar Yang Agung. Baginda juga dikenali sebagai Shah Jahan Yang Hebat.