Siberia (Rusia: Сиби́рь , Sibir; Bahasa Tatar: Seber ) ialah sebuah kawasan Rusia yang amat luas yang merupakan hampir seluruh Asia Utara serta sebahagian besar Steppe Eurasia. Ia terbentang dari Pergunungan Ural ke Lautan Pasifik di timur, dan dari Lautan Artik ke bukit-bukau Kazakhstan Tengah-Utara di selatan, serta menyempadani kedua-dua Mongolia dan China. Kesemua Siberia, kecuali kawasan barat daya yang paling hujung, terletak di Rusia dan merupakan hampir 77% daripada keluasan Rusia (13.1 juta kilometer persegi), tetapi hanya mempunyai 30% daripada jumlah penduduknya (42.2 juta orang).