Single

Dalam muzik, single atau rakaman single adalah salah satu keluaran, biasanya sebuah rakaman lagu dengan runut yang lebih sedikit daripada rakaman LP[1] atau album. Ia boleh dikeluarkan untuk dijual kepada orang ramai dalam pelbagai format. Dalam kebanyakan kes, single ialah lagu yang dikeluarkan secara berasingan daripada album, walaupun biasanya juga muncul dalam album, dan dalam kes lain, rakaman tersebut mungkin tidak muncul pada album.

Walaupun dirujuk sebagai single dalam era muat turun muzik, single boleh disertakan sebanyak tiga buah lagu. Pengedar muzik digital terbesar, iTunes Store menerima sehingga tiga lagu berdurasi kurang daripada sepuluh minit setiap satu sebagai single. Mana-mana rakaman dengan lebih daripada tiga lagu pada keluaran muzik atau jumlah durasi tiga puluh minit merupakan extended play (EP) atau jika lebih enam lagu sebagai album.[1]

Dari segi sejarah, apabila muzik arus perdana dibeli melalui rakaman vinil, single akan dikeluarkan dua sisi, iaitu terdapat sisi A dan sisi B, di mana satu lagu akan muncul pada setiap sisi.[2]

  1. ^ a b "Single and EP Definitions on iTunes" [Takrifan Single dan EP di iTunes]. Emubands (dalam bahasa Inggeris). BCS Studio. 22 April 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Ogos 2013. Dicapai pada 24 Jun 2016.
  2. ^ "Beatles Singles Discography" [Diskografi Single Beatles] (dalam bahasa Inggeris). Universiti Delaware. 11 Januari 1995. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Oktober 1999. Dicapai pada 29 Mac 2019.

Single

Dodaje.pl - Ogłoszenia lokalne